[VIDEO] Nazeera Sardi Bertemu Azar Azmi, Netizen Sebak-“Semua Orang Cari Dia…”

6 hours ago 5

Pelakon, Nazeera Sardi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen bertemu dengan rakan selebriti, Azar Azmi yang sebelum ini menghilangkan diri dari industri hiburan.

Nazeera atau nama sebenarnya Siti Nazirah Sardi menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, turut memaparkan dia dan Azar yang menjerit gembira sambil berpelukan setelah sekian lama tidak bertemu.

“First time kita shoot sama Cinta Fatamorgana . Shoot sama lagi Janda Kosmopolitan. Aku shooting tapi still singgah masa hari penting kau. Last kita event dekat Sabah lepak bilik kau sampai pagi. Last kita bantai nyanyi atas stage sama-sama masa event.

Last kita plan nak gi holiday kejap sebelum kau hilang. Ya, aku jumpa kau lambat lepas kau selesai dan jumpa yang lebih penting. Doa dari jauh sebab eh aku tau waghih sentiaso steady. Jalan terus Za.”-tulis Nazeera di TikTok

@nazeerasardi10

First time kita shoot sama Cinta Fatamorgana Shoot sama lagi Janda kosmopolitan Aku shooting tapi still singgah masa hari penting kau Last kita event dekat Sabah lepak bilik kau sampai pagi Last kita bantai nyanyi atas stage sama2 masa event Last kita plan nak gi holiday kejap Sebelum kau hilang… Ya, Aku jumpa kau lambat lepas kau selesai n jumpa yang lebih penting. Doa dari jauh sobab eh aku tau waghih sentiaso steady.💪🏻 Jalan terus Za

♬ original sound – Nazeerasardi – Nazeerasardi

“Ramai Yang Cari Dia Masa Dia Menghilang…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat pertemuan Nazeera dan Azar, malah ramai yang menyifatkan sifat Azar yang baik hati menyebabkan ramai yang mencarinya setelah dia kembali.

“Ramai yang cari dia masa dia menghilang. Rupanya ramai kawan baik dia.”

“Bila kita jujur, ikhlas, pasti ramai yang sayang. Jelas terbukti Azar Azmi ni baik orangnya.”

“Apasal aku pulak yang nangis 😭.”

“Time susah gini la Azar tahu siapa kawan-kawan dia yang tulus.”

“Kadang-kadang kita ni manusia hanya Allah je tahu perjalanannya. Jangan terlalu mudah menghukum.”

Azar Azmi sebelum ini mengejutkan netizen selepas terpalit isu penipuan melibatkan penjualan tanah kurnia selain urusan darjah kebesaran setelah hampir tujuh menyepi dari industri hiburan.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |