[VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

4 hours ago 4

MURAI baru-baru ini terlihat sebuah video di TikTok yang tular,  menampilkan seorang jejaka berwajah tampan, berkarisma dan penuh pesona. Wajahnya tenang, penampilannya kemas, auranya memikat.

Ramai tertanya-tanya,  “Siapa gerangan insan ini? Artis baru? Model?”

Ternyata, jejaka ini bukan calang-calang orang. Beliau ialah Yang Teramat Mulia Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Ibni Almarhum Raja Ashman Shah, pewaris diraja negeri Perak.

@ranazzone

kull 🥶 #rajakecilsulongperak #rajaahmadnazimazlanshah #perakroyalfamily #fypシ゚ #fypage #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – 🪼 – 🪼

Pewaris Takhta Perak

Raja Ahmad Nazim kini bergelar Raja Kecil Sulung Perak, iaitu salah satu gelaran penting dalam sistem giliran unik Kesultanan Perak. Bagi yang belum tahu, sistem pewarisan takhta Perak adalah antara yang paling berstruktur dan bersejarah di Malaysia, berdasarkan giliran yang ditetapkan secara tertib oleh susunan gelaran diraja.

Dan sebagai Raja Kecil Sulung, Raja Ahmad Nazim berada dalam kedudukan keempat untuk menaiki takhta Sultan Perak.

Berpendidikan Tinggi, Berwibawa

Warga perak bersama Raja Ahmad Nazim di kayuhan Merdeka 2016 di dataran bandaraya ipoh, VIA Facebook

Bukan hanya bersandarkan nama dan keturunan, Raja Ahmad Nazim juga merupakan individu yang cemerlang dalam pendidikan.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara sebelum meneruskan ke Garden International School. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran A-Level di Marlborough College Malaysia dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Cambridge, United Kingdom, salah satu universiti terbaik dan tertua di dunia.

Warisan Kacukan Yang Menawan

Ramai yang terpegun dengan raut wajah beliau, kacak, lembut tetapi ada ketegasan. Tidak hairanlah ramai menyangka beliau berdarah kacukan, dan ya, tekaan itu benar.
Beliau memiliki darah Melayu-Inggeris, hasil warisan daripada bondanya, Dato’ Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin. Nenda sebelah bonda beliau pula ialah Tan Sri Kamarul Ariffin, bekas Pengerusi Bank Bumiputera.

Gabungan pesona bangsawan dan keturunan Inggeris menjadikan penampilan Raja Ahmad Nazim begitu unik dan berwibawa.

Bonda Seorang Seniwati

Di sebalik kelembutan dan pesona Raja Ahmad Nazim, terselit juga darah seni dalam keluarganya. Bondanya, Dato’ Seri Noraini, pernah aktif sebagai pelakon sekitar tahun 1980-an. Beliau pernah memegang watak utama dalam filem Jasmin (1984) dan Jasmin II (1986), sebuah filem adaptasi kisah benar peristiwa Natrah sekitar tahun 1950-an.

Dato’ Seri Noraini bergandingan dengan nama-nama besar seperti Johari Zain, Dato’ Mustapha Maarof dan Dato’ Rosnani Jamil dalam filem arahan Dato’ Jamil Sulong, yang juga diterbitkan oleh ayah beliau sendiri, Tan Sri Kamarul Ariffin.

Latar Belakang Diraja

Beliau merupakan cucu kepada Almarhum Sultan Azlan Shah, Sultan Perak ke-34, dan anak saudara kepada Sultan Perak sekarang, Sultan Nazrin Shah. Ayahanda beliau, Almarhum Raja Ashman Shah, ialah adinda kepada Sultan Nazrin.

Raja Ahmad Nazim juga mempunyai dua orang adik-beradik:

  • Kakanda: Raja Eminah Alliyah
  • Adinda: Raja Bainunisa Safia

Komen Netizen: “Macam Prince William!”

Menariknya, di ruangan komen video TikTok berkenaan, ramai netizen bukan sahaja memuji rupa paras Raja Ahmad Nazim yang kacak dan berwibawa, malah ada yang berseloroh mengatakan beliau mirip Prince William ketika muda.

Dalam dunia yang sibuk dengan selebriti dan viral harian, kadang-kadang muncul sosok seperti ini , tenang, tidak banyak bersuara, tetapi kehadirannya memberi kesan yang mendalam. Raja Ahmad Nazim bukan sahaja mewarisi garis keturunan diraja, tetapi juga menunjukkan nilai-nilai moden yang cemerlang, berpendidikan tinggi, berwajah tenang dan punya karisma semula jadi.

Satu hari nanti, andai tiba giliran baginda memimpin, kita yakin negeri Perak akan terus makmur di bawah naungan generasi diraja yang berkaliber.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |