Pempengaruh media sosial, Mekyunn mencuri perhatian netizen selepas berjaya berpuasa bersama ibubapanya pada 1 Ramadhan semalam.
Kongsi Mekyunn di Thread, perjalanan puasanya pada 1 Ramadhan lebih istimewa apabila ibubapanya turut mahu berpuasa. Malah, mereka sempat bersahur dengan hidangan istimewa yang disediakan oleh ibu Mekyunn.
“Mekyunn berjaya berpuasa hari pertama ni gais yay!! Dengan mok dan pok pulak tu. Lagi special sebab dapat bersahur dan berbuka sekali sama-sama.
Selamat berpuasa semua. Semoga Ramadhan ini penuh dengan keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan untuk korang dan keluarga.
Mekyun doakan semoga segala kebaikan yang korang buat dibalas dengan lebih baik dan semua urusan dipermudahkan sepanjang bulan yang mulia ni.”-kongsi Mekyunn di Threads

“Happy Tengok Bila Agama Lain Pun Cuba-Cuba Puasa..”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat keluarga Mekyunn yang turut mahu berpuasa di bulan Ramadhan walaupun bukan beragama Islam.
“Kenapa sebak tengok ni? Perkara paling indah saya lihat hari ini.”
“Tahniah mek yun!!! Moga mek yun sekeluarga dapat manfaat berpuasa iaitu dapat reset gut, resting perut! Teruskan mekyun caiyokkk👏👏👏.”
“Happy tengok bila agama lain pun cuba-cuba puasa.”
“Bangganya tengok. Contoh yang sangat baik.”
“Alaa comey sangat laa mok & pok bagi semangat kat Mekyun! Tahniah Mekyun berjaya puasa penuh hari ini.”
“Setiap tahun agama lain puasa bersama-sama umat Islam. Terbaikla rakyat Malaysia. Puasa juga bukan sebab tahan lapar dan dahaga. Tapi untuk kesihatan juga. Tahniah Mekyun, mok & pok berjaya berpuasa.”
Kami di Murai MY turut terharu melihat keluarga Mekyun yang turut mahu berpuasa di bulan Ramadhan. Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka sekeluarga..Apa komen anda?

13 hours ago
12














![[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/4fdb3264-9382-491d-8b1c-53daa2f0bb36.webp)
![[VIDEO] Sertai Cabaran ‘At Least’: Kata-kata Tengku Puteri Iman Afzan Buatkan Ramai Tersentuh](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-19-at-13.56.21.webp)
























![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)

![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)


![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)


![[VIDEO] Cik Lan Terjatuh Ketika ‘Perform’ Di Hadapan DSV & Kacak, Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/58eca1d6-3dfd-41da-8b6f-1b4d3275f4c1.jpg)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)