[VIDEO] Gelagat Chef Zam Terima Kunjungan Sultan Terengganu Datang Beraya Curi Perhatian

5 hours ago 5

Aidilfitri tahun ini memang tak akan dilupakan Chef Zam dan keluarga bila menerima kunjungan kerabat diraja terus ke rumah mereka. Apa yang paling mencuit hati, gelagat anaknya, Faiq Maliqi, yang malu-malu bisik nak beri nota raya untuk Tuanku Sultanah, comel gila sampai semua yang hadir tersenyum.

Selain itu, anak-anak Sultan Terengganu juga kelihatan mesra dan humble sepanjang beraya. Mereka turun sendiri ke meja juadah, melayan tetamu, dan turut menunjukkan sikap ramah. Malah, baginda sendiri mengambil makanan tanpa rasa segan atau terlalu formal, seolah-olah tiada protokol, tetapi pegawai tetap setia mengiringi bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Chef Zam pula jelas teruja tapi tetap sopan sepanjang majlis. Dalam kenyataannya, beliau luahkan rasa amat berbesar hati dan bersyukur atas limpah perkenan KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, KDYMM Sultanah Nur Zahirah, KDYTM Yang DiPertuan Muda Terengganu, YAM Tengku Puteri Utama Raja, YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja, dan YAM Tengku Puteri Daulath Raja mencemar duli beraya ke rumahnya.

“Patik sekeluarga amat berbesar hati & menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tuanku sekeluarga kerana berkenan hadir ke rumah Patik,” kata Chef Zam dengan penuh hormat. Beliau turut mengucapkan tahniah sempena ulangtahun perkahwinan ke-30 Tuanku Sultan & Tuanku Sultanah, sambil mendoakan agar Allah SWT sentiasa memberkati kebahagiaan Tuanku sekeluarga.

Sepanjang kunjungan, Chef Zam kelihatan seronok melayan Tuanku sekeluarga, dari hidangkan juadah raya hingga sembang santai, semuanya penuh mesra dan hormat. Moment manis ini jelas buat Hari Raya tahun ini lebih bermakna untuk keluarga Chef Zam.

Chef Zam juga tidak lupa memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang kunjungan.

“Ampun Tuanku jika ada sebarang kekurangan & kecelaan. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin,” katanya.

Memang jelas, gelagat Chef Zam, Faiq Maliqi, dan anak-anak Sultan Terengganu jadi bualan manis netizen, sambil menunjukkan kehangatan tradisi beraya bersama insan tersayang – penuh mesra, sopan, dan seronok.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |