Pelakon dan pengacara popular, Elly Mazlein mencetuskan rasa sebak netizen di media sosial selepas memenuhi hasrat seorang wanita yang mahu memeluknya, baru-baru ini.
Wanita Luah Hasrat Mahu Peluk Di DM
Kongsi Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi menerusi hantaran di Instagram menceritakan bahawa pembantu peribadinya telah memaklumkan kepadanya bahawa terdapat seorang wanita telah menghantar DM (Direct Message) di Instagram yang menyatakan hasratnya mahu memeluk Elly.
“Baru-baru ni PA kak Lina ada tunjuk dekat Sharifah DM dari seseorang. Hanya melalui penulisannya, Sharifah seperti boleh dengar segala tangisannya hanya melalui perkataan ‘saya nak peluk’.
Alhamdulillah kami dapat berjumpa dan Sharifah teman beliau dan suaminya lebih kurang 1 jam lebih. Kadang-kadang tanpa berbual panjang, dengan hanya menemani, dengan sentuhan, dengan pandangan dan pelukan boleh mententeramkan jiwa seseorang.”-kongsi Elly Mazlein di Instagram
Pertemuan Bagaikan Sebuah Keluarga
Tambah Elly yang membahasakan dirinya sebagai Sharifah ini menyatakan bahawa walaupun dia tidak mengenali wanita tersebut, namun pertemuan mereka itu bagaikan sebuah keluarga yang mempunyai tangis dan juga gelak tawa.
“Buat Puan Sha, Sharifah sentiasa mendoakan yang baik-baik buat mu, terus bangkit dari segalanya. Buat Encik Suami kepada Puan Sha, terima kasih kerana sentiasa bersama isterimu yang sangat memerlukan sokongan. Terima kasih juga kerana menjadi suami yang baik buat isterimu.”-tulis Elly lagi
“Rasa Nak Peluk Jugak..”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat pertemuan Elly Mazlein bersama wanita tersebut di salah sebuah pusat perubatan di ibu kota, malah ramai yang turut berkongsi luahan mereka yang memerlukan sebuah pelukan dan mengalirkan air mata semahunya.
“Kadang-kadang di saat begini kita hanya perlukan satu pelukan dan ayat ‘it’s okay kalau you nak nangis, i teman..'”
“Sharifah, saya pun sayang sangat-sangat kat awak. Nak peluk juga. Terima kasih selalu jadi orang baik. Sayang Sharifah.”
“Rasa nak peluk jugak.”
“Dalam celoteh-celoteh dia, dia memang seorang yang lembut hati. Apa-apa pun semoga awak dipermudahkan segala urusan.”
“Semoga Puan Sha diberikan kesembuhan dan bangkit bersemangat.”
“Sedih laa, tapi comel sangat dia berhijab. Allahuakbar.”
Apa komen anda?

1 hour ago
3




![[VIDEO] Norlia Ghani Sound Individu Yang Mengatakan ‘Mak Jah Telah Meninggal’-“Dia Sihat Lagi Oii”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2274.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Jadikan Anzalna Sebagai Contoh Berkahwin Dengan Pasangan Yang Tepat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Capture-36-750x407-1.webp)
![[VIDEO] Ammar Ahyan Belajar Solat Jenazah Tapi Lain Pula Yang Netizen Nampak?…](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2273.jpeg)









![[VIDEO] Telatah Fatima Ambil Suntikan Ditemani Fazura Raih Pujian Netizen…](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2266.jpeg)
![[VIDEO] Aksi 15,000 Penonton Doakan Sherry Alhadad Untuk Kurus Raih Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2265.jpeg)
![[VIDEO] Gelagat Eidrees Minta Upah Dekat Anzalna Sebab Tolong Promot Barang Buatkan Netizen Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2264.jpeg)















![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)



![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)








![[VIDEO] Wanita Terkejut Lihat Katak Terapung Dalam Air Minuman- “Color Tu Pun Dah Macam Asam Boi”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/4-1.jpg)

