[VIDEO] DSV Luah Rasa Terkejut Apabila Bertemu Kembali Dengan Iqbal Zulkefli-“Masa Ni Saya Terkedu…”

12 hours ago 7

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida mencuri perhatian netizen selepas bertemu semula dengan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli di kediaman Datuk Seri Aliff Syukri pada Sabtu.

Datuk Seri Vida menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, menceritakan bahawa dia pada mulanya mahu melakukan konten TikTok bersama beberapa tetamu lain yang hadir di Majlis Rumah Terbuka di kediaman Aliff,

“Masa ni tengah plan nak buat konten TikTok. Wawa Zainal dengan Waniey ajak saya buat TikTok. Tiba-tiba Datuk Aliff bawa seseorang datang.

Terkejut saya tiba-tiba orang yang saya tak nak jumpa pun muncul. Datuk Aliff ni memang selalu buat hal. Boleh pula dia bawa datang depan muka saya. Katanya datang nak minta maaf.

Datuk Aliff dah plan nak temukan saya dengan Iqbal. Masa ni agak sedikit akward sebab ramai sangat orang tengok. Ini bukan gimik ke apa. Memang saya tak tahu apa.

Dah bertahun saya tak jumpa dan bercakap dengan Iqbal. Kalau pergi mana-mana paling saya tak nak jumpa dia. Hati ni belum bersedia nak berjumpa. Tak sangka kat open house Datuk Aliff jugak dia ada.

Saya ingat saya la tetamu paling last datang. Rupanya masih ramai lagi time ni. Dan dia pun masih ada. Nak tak nak kena hadap jugak. Saya tak boleh nak kata apa lah”-kongsi Datuk Seri Vida di TikTok

@datoserividaofficial

Part 1 – Macam mana kejadian awal berlaku antara saya dengan Iqbal di open house Dato @Aliff Syukri Kamarzaman . #viral #fyp #trend #isuviral #dsv

♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUTEH – QU PUTEH BARULAH PUTEH

“Maaf Boleh, Kembali Jangan..”

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka terhadap pertemuan tak terduga DSV dan Iqbal, malah ada yang berpendapat memaafkan itu mudah, namun melupakan perkara tersebut adalah satu hal yang sangat sukar.

“Maaf boleh, kembali jangan.”

“Kita fikir positif, Niat Datuk Aliff baik sebenarnya. Nak berdamai dan bermaafan. Tapi itulah, memafkan tapi tidak pernah melupakan.”

“Memaafkan tidak semestinya berhubungan kembali. Kadangkala meletakkan gap adalah terbaik untuk move on dan lebih fokus.”

Terdahulu nama Iqbal dan DSV menjadi bualan ramai selepas kedua-duanya merancang untuk berkahwin, namun hasrat tersebut tidak menjadi kenyataan.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |