Perkongsian isteri kepada aktor kelahiran Singapura, Diyana Halik iaitu Aaron Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen kejutan hari lahir buat suaminya yang ke-50 tahun pada Isnin.
Kongsi Diyana di Instagram, dia turut memuatnaik satu video yang memaparkan Aaron mengalirkan air mata selepas melihat rakan-rakan dan ahli keluarga yang hadir memberikan kejutan pada hari lahirnya di salah sebuah gelanggang pickleball di Shah Alam.
“Daripada semua kejutan itu, tiada apa yang dapat menandingi ini. Momen paling bising pada malam itu sebenarnya adalah paling sunyi. Adik-beradikmu berdiri bersembunyi, menunggu, dan apabila mereka menyedari mereka berada di sana, pelukan itu mengatakan segala-galanya yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Saya amat berterima kasih kepada setiap rakan yang hadir dan membantu dalam persedia dan juga mereka yang merentas sempadan hanya untuk turut bersama. Terima kasih kakak, Abg Dzul kerana sudi hadir. Pertemuan sederhana kami menjadi sesuatu yang begitu besar dalam kasih sayang, hangat dan bermakna.
Kadangkala hadiah terbesar bukanlah hadiah, tapi kehadiran.
Happy 50 my love dar dar.”-kapsyen Diyana di Instagram
Di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan doa dan ucapan hari lahir buat Aaron, malah ramai yang turut sebak melihat aktor kacak ini yang menangis ketika berpelukan dengan adik-beradiknya yang hadir beri kejutan hari lahir buat Aaron.
“50 and still the most handsome. Happiest birthday abang Aaron. 🥳🥳 Mendoakan supaya dimurahkan rezeki selalu dan berada dibawah lindunganNya. 🤲🏻🫠”
“Happy birthday to your hubby. Semoga diberikan kesihatan yang baik, sukses selalu dan dikelilingi orang yang sentiasa menyayangi dia aamiin.”
“Wah Dato @aarondwiaziz dah hit 50? MasyaAllah he looks too young for a man that age lah!. Happiest birthday to one of the most humble Celebrity that I have known! May Allah keep you safe from all evil eyes and blessed always in everything that you do… aamiin.”
“Part siblings kita tk boleh eh. Kita pon ikot nangis hahaa. 😢😂 Happy bday Abang Aaron. Smoga bahagia hingga ke jannah di samping Kak @diyanahalik dan semoga Allah kurniakn yang baik baik sahaja untuk kamu sekeluarga 🫶🏻.”
Sekadar info, Aaron Aziz mendirikan rumah tangga dengan Diyana Halik pada Ogos 2003. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana, Dahlia Arissa.

12 hours ago
8


![[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-1.webp)





![[VIDEO] Aida Aris Buat ‘Live’ Di Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Undang Teguran Netizen!-“Tolong Hormat…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px.webp)
![[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/5x.webp)
![[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/e02547d2-a290-4f51-8ee9-0ef4d7eaf99f.webp)

























![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)

![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)





![[VIDEO] Cik Lan Terjatuh Ketika ‘Perform’ Di Hadapan DSV & Kacak, Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/58eca1d6-3dfd-41da-8b6f-1b4d3275f4c1.jpg)



