[VIDEO] Comelnya! Wanita Ini Curi Perhatian Selepas Terima Kucing Sebagai Hantaran Kahwin

5 hours ago 7

Bagi kebanyakan pengantin, hadiah perkahwinan atau hantaran sememangnya sinomin dengan barangan berharga daripada barang kemas, beg tangan mewah hingga ke kelengkapan solat.

Walau bagaimanapun, pasangan pengantin dari Indonesia ini nampaknya telah ‘mematahkan’ tradisi tersebut dengan menjadikan kucing kesayangan mereka sebagai hantaran perkahwinan.

@glowingbjmgroup

Klo ada 9 kucing 😻 @Ciko Boba Eyes #seserahan #seserahanglowing #seserahanpernikahan #glowingbjm

♬ original sound – Nats 🎀 – Nats 🎀

Tindakan yang comel itu telah dirakam oleh akaun TikTok @glowingbjmgroup, memaparkan pasangan pengantin mengenakan busana pengantin berona putih yang anggun.

@glowingbjmgroup

Membalas @Nothiing ga cm kucing, di box seserahan jg dipenuhi keychain kucing 😻 @Ciko Boba Eyes #seserahan #seserahanglowing #seserahanpernikahan #glowingbjm #fyp

♬ suara asli – #PasukanGlowing – #PasukanGlowing

Namun perhatian orang ramai lebih tertumpu pada seekor kucing oren-putih gebu yang mengenakan sut mini dalam kotak hantaran lutsinar yang dihiadi dengan bunga. Beberapa saat lepas mengambil gambar, pengantin lelaki telah mendukung kucing tersebut untuk diserahkan kepada isterinya.

@glowingbjmgroup

Membalas @anythinghere punya pasangan cat lovers is a another level of Happiness 😍 #seserahan #fyp #seserahanglowing #seserahanpernikahan #glowingbjm

♬ The Fate of Ophelia – Taylor Swift

Memetik kenyataan daripada portal Wolipop, perkahwinan ini diadakan di Hotel Galaxy di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Pengantin lelaki telah menghadiahkan kucing parsi sebagai mas kahwin kepada pasangannya.

“Pada awalnya, pelanggan (pengantin lelaki) mahu menggunakan miniatur kucing, tetapi saya berkata, “Kenapa tidak gunakan kucing yang sebenar sahaja?”, kongsi perancang perkahwinan Glowing Bjm Group.

@glowingbjmgroup

Membalas @Ciko Boba Eyes ini km kan yaa 😻 #seserahan #fyp #seserahanglowing #fotograferglowing #glowingbjm

♬ Cats – Sped Up – The Living Tombstone

Video yang tular itu telah mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa gembira dan teruja mereka dengan idea mas kahwin tersebut.

“Ini idea yang bagus.”

“Untuk bakal suami, saya pun nak kucing.”

“Ini baru betul, kalau nikah anaknya diundang. Baru tak merajuk.”

“Mukanya marah betul.”

“Comel sangat. Saya tak boleh bayangkan jika anak mereka nampak gambar itu terus mengamuk kenapa dia tidak dijemput tetapi mereka (pasangan pengantin) ajak anak bulu.”

Bagi MURAI, rasanya ini kali pertama melihat pasangan pengantin meletakkan kucing sebagai mas kahwin dan juga hantaran perkahwinan. Tak dinafikan para pengantin masa kini ada sahaja idea di luar kotak mereka untuk menjadikan momen perkahwinan itu menjadi lebih indah dan berharga.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |