Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video bersama anak pelakon senior, Kasih Iris Leona ketika bertemu di Konsert genKRU The Finale: One More Time yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil, pada Sabtu lalu.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Cik B di TikTok, memaparkan dia dan Leona sedang berbual mengenai beberapa tempat menarik di Sepanyol, malah turut mendapat ‘lampu hijau’ oleh DSV untuk mereka berdua pergi bercuti bersama.
“Kali ni pergi holiday dengan Leona pulak 🤣 Mama dah kasi greenlight 🤪.”-kapsyen Cik B di TikTok
@cikbsalmonofficialkali ni pergi holiday dengan leona pulak🤣mama dah kasi greenlight🤪#masukberandafyp #pageforyou_🔥 #fypシ゚ #cikbhavoc #fypage
♬ original sound – Cikb_salmonskin_official – Cikb_salmonskin_official
“Best Ye Orang Kaya Discuss Bercuti..”
Perkongsian Cik B mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ada yang berpendapat perbualan Cik B dan Leona adalah ‘perbualan T20’.
“Gini rupanya perbualan T20.”
“Diorang kalau discuss benda jadi. Aku dengan member aku berzaman dok discuss tu jelah.”
“Diorang kalau tak jadi pergi pun sebab takde masa, kalau aku sebab takde duit 🤣 Tapi suka pulak aku tengok budak dua ni berkawan.”
“Best ye orang kaya discuss bercuti.”
“Datuk Vida redha je, dia lagi suka Cik B kawan dengan perempuan girly-girly haha.”
“Anak orang kaya sembang holiday overseas selambe je, aku nak gi holiday Melaka pun pikir 100 kali dan bajet-bajet hahaha.”
“Borak-borak orang kaya.”
“Walaupun berbeza personaliti, tapi dua-dua baik dan soft spoken. Doa yang baik-baik untuk anak-anak kita tak kira kaya atau biasa-biasa.”
“Kau tengok mak dia go after this 😭, macam gitu je halau pergi Spain macam pergi JB, pergi KL.”
“Ntah kenapa aku suka tengok diorang ni, despite different personalities but can blend together.”
Apa komen anda?

1 day ago
12


![[VIDEO] Reaksi Zara Zya Bila Dipanggil Anak Dara Tua & Jahat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-28-at-3.33.10-PM.png)





![[VIDEO] Bella Astillah Titip Ucapan Istimewa Selepas Terima ‘AFFIN INVIKTA Top 50 Women Of Excellence Awards’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_9013.jpg)
![[VIDEO] Warga Bangladesh Kaut Saman DBKL, Netizen Dakwa ‘Elak Owner Marah’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-27-at-16.47.00.jpeg)
![[VIDEO] Straw Kaca Makan Tuan, Wanita Masuk Hospital](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-27-at-13.46.05.jpeg)
![[VIDEO] Konsert Kena ‘Banned’ & Karier Hampir Musnah, Norman Dedah PMX ‘Hero’ KRU](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/4-11.jpg)

![[VIDEO] Atikah Suhaime Disangka Hamil Lagi, Ini Responnya](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e0f40096-b038-4b76-9af4-9bb50a7bcb35.jpg)



![[VIDEO] Netizen Sifatkan Aedy Ashraf Salah Seorang Lelaki Melayu Terkacak Di Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2352.jpeg)
![[VIDEO] Fatima Seronok Didukung Fazura-“Happynya Nyamma”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2351.jpeg)
![[VIDEO] Gelagat Lucu Anak Zahirah Macwilson Bersama Kucing Kesayangan Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2350.jpeg)












![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)









![[VIDEO] Wanita Terkejut Lihat Katak Terapung Dalam Air Minuman- “Color Tu Pun Dah Macam Asam Boi”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/4-1.jpg)



![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)