Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fattah Amin meyapu pelindung matahari pada tangan isteri tercintanya itu. Namun yang menarik perhatian ramai adalah apabila Fattah Amin mencium tangan isterinya selepas menyapu pelindung tersebut.
@thesmile707Ambil laa bumi ni Abg Long , kami x nampak pon☺️ #fattahamin #amiraothman #fattahamiralive #fattahamiraupdateterkini #SetulusTakdirFattahAmira
♬ original sound – 🕊️77 – 🕊️77
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Fattah Amin semakin sweet selepas berkahwin dengan Amira Othman.
“kita yang takde isteri ni tengok dari jauh jela ehh hahahaha”
“kalau macam ni gaya, hari hari kena sapu sunscreen ni”
“beza yer sapu sunscreen untuk bujang dan yang dah berumah tangga ni”
“Amboi bang long makin menjadi sweet dengan kak long ni”

Info tambahan, Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama, Raja Adrian Benjamin dalam drama Playboy Itu Suami Aku.
Selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari serta mereka juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.
Selain daripada kerjaya seni, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah kafe bernama Stalkers Cafe dan sebuah gimnasium, Expendable Gym yang terletak di Kota Damansara. Fattah juga melabur dalam beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan hartanah sebagai persediaan masa depan.
Pada 14 september 2025, Fattah Amin sah menjadi suami kepada pelakon, penyanyi dan pengacara yang dikenali ramai iaitu Amira Othman dengan perkahwinan yang ditonton seluruh rakyat Malaysia secara langsung.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

1 month ago
36















![[VIDEO] Gelagat Sharifah Shahirah Kacau Anak Kerja Barista, Buatkan Netizen Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2216.jpeg)
![[VIDEO] Ziana Zain Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Menjadi Pramugari-“Guna Air Panas Basuh…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2213.jpeg)
![[VIDEO] Gelagat Qadejah Curi Rakam Ammar Ahyan Nyanyi Lagu Misha Omar](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2212.jpeg)













![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)




![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
