Baru-baru ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian putera sulung kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail yang pergi mengadap Illahi pada malam tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga.
Di sebalik kehadiran ramai rakan selebriti yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham, salah seorang pelakon, Aida Aris mencetuskan teguran netizen selepas dilihat melakukan ‘live’ di sebelah Amyza Aznan bersama jenazah anak lelakinya pada Selasa malam sebelum dikebumikan pagi tadi.
Menerusi sedutan sesi ‘live’ yang dimuatnaik oleh Aida di TikTok, turut memaparkan Aida yang berpakaian serba hitam sedang duduk di sebelah Amyza sedang tidur di sebelah jenazah anak lelakinya, Andre Mikhail, sambil membaca komen-komen netizen yang menyertai sesi ‘live’ miliknya semalam.
@therealaidaarisTheHanTu ᵒᶠᶠⁱᶜⁱᵃL, thank you for the incredible support in my LIVE! I will keep creating better LIVE content! #tiktoklive #livehighlights #livegift #handhearts
♬ original sound – AidaAris – AidaAris
Undang Teguran Netizen
Perkongsian Aida dibanjiri dengan teguran netizen yang mempersoalkan tindakannya melakukan sesi ‘live’ di sebelah jenazah, malah ramai yang berpendapat pelakon berusia 53 tahun ini seharusnya menghormati dan menjaga sensitiviti keluarga si mati.
“Berpada-pada lah akak nak buat live, tengok situasi.”
“Orang patut baca Yassin berada di sebelah jenazah,”
“Aku ni tulis padam, geram pula rasa hati, sebelah jenazah tu kak oi, kesian la keluarga arwah terutama ibunya yang tengah bersedih.”
“Kak jangan la live dekat tepi jenazah, hormat la jenazah tu, minta maaf bukan kecam tu. kena tengok situasi jugak kak.”
“Perlu ke live sebelah jenazah.”
“Demi akhir zaman, semua nak bnuat live demi publisiti semata-mata. Kalau ye pun, hormat la keluarga arwah. Allahu.”
“Tolong hormat keluarga jenazah. Tak payah la buat live macam ni.”
Difahamkan, jenazah anak kepada Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana pada jam sekitar 10.40 pagi tadi selepas dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Khairiah AU3.
Sebelum ini, Amyza pernah merayu kepada mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran dalam perubatan alternatif untuk membantu merawat putera sulungnya yang berada dalam keadaan kritikal.
Pelakon filem Reversi sebelum ini berkongsi keadaan anak keduanya Andrian Adam yang disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat perkhabaran tersebut pada hari pertama Umat Islam menyambut Ramadhan yang juga bulan kelahiran anak-anaknya itu.
Malah situasi sama turut berlaku pada tahun apabila putera sulungnya, Andre Mikhail, turut disahkan menghidap kanser paru-paru pada bulan dan waktu yang sama.

14 hours ago
7


![[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-1.webp)




![[VIDEO] Diyana Halik Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aaron Aziz Yang Ke-50](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-1-1.webp)

![[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/5x.webp)
![[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/e02547d2-a290-4f51-8ee9-0ef4d7eaf99f.webp)

























![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)

![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)





![[VIDEO] Cik Lan Terjatuh Ketika ‘Perform’ Di Hadapan DSV & Kacak, Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/58eca1d6-3dfd-41da-8b6f-1b4d3275f4c1.jpg)



