[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!

10 hours ago 8

Nama aktor kacak, Datuk Adi Putra mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim di Threads, memaparkan dia yang menggayakan hoodie berwarna hitam itu terjebak melakukan trend TikTok ‘Intinya Kacamata Mama Udahlah’.

“Eh eh eh eh terjebak pulaaa 🤣.”-tulis Ady Putra di Threads

“Memang Makin Berumur Makin Handsome Ke..”

Perkongsian pelakon filem KL Gangster ini menarik perhatian ramai apabila rata-rata peminat teruja melihat Adi Putra yang ‘up-to-date’ dengan trend terkini, malah ramai yang tak keruan melihat aktor ini yang tetap kelihatan kacak dan muda biarpun sudah menginjak usia 40-an.

“Dah dekat 10 minit stuck, someone tolongg.”

“Memang makin berumur makin handsome ke.”

“Umur kita je ke yang makin ke depan? Yang dia ni makin ke belakang umurnya. Masa aku sekolah pun gini rupa dia. Ni aku nak pencen dah pun gini jugak rupa dia.”

“Aku dah ada anak pun nampak beza, yang aku tengok dia dari kecik sampai ada anak asal sama je?.”

“Dia je la artis lelaki Melayu yang paling handsome sejak daripada aku kecik sampai dah nak masuk 3 series dah. Muka Melayu pure manis-manis gitu.”

Sekadar info, Adi Putra mendirikan rumah tangga dengan Zuhaida Yusof (Aida) pada 14 April 2006 sebelum bercerai pada Mac 2017. Mereka kemudian berkahwin semula (rujuk) pada 18 Januari 2018. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Zara Adelia yang dilahirkan pada 18 Oktober 2012.

Adi Putra juga pernah berkahwin kali kedua dengan Norshahida Dzolkifly pada 20 Jun 2016 sebelum berpisah pada Mac 2017.

Apa komen anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |