[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!

12 hours ago 6

Aktor, Adam Lee membuat perkongsian isitimewa ketika memberikan kejutan buat isterinya yang juga pelakon, Sweet Qismina sempena hari lahirnya yang ke-28 dan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-3 pada 24 Oktober.

Kongsi Adam menerusi video yang dimuatnaik di Instagram dan TikTok, turut memaparkan kehadiran ahli keluarga iparnya yang turut serta ketika memberikan kejutan hari lahir dan ulang tahun perkahwinan Sweet Qismina dan Adam.

” 24 Oktober adalah tarikh yang sangat penting dalam hidup aku. Alhamdulillah tahun ni aku ada dekat KL sebab last year 24 Oktober aku di Sabah ada shooting. Walaupun scene aku semalam back-to back, tapi Alhamdulillah aturan Allah itu sangat cantik. Aku dapat beli bunga,

Kenapa tarikh ini sangat penting, kerana 24 Oktober lahirnya Farhana Qismina dan aku nikah dengannya. Dan alhamdulillah hari ini genap 3 tahun kami bergelar suami isteri.”-kongsi Adam Lee di media sosial

@adamleeofficial

Happy Birthday And Happy 3rd Anniversary Cinta Hati ❤️🍭♾️ @Sweet Qismina

♬ suara asli – 🥑 – Liaaaaaaaaaaa

“Tidur Pun Lawa Dia Ni…”

Menjengah ruangan komen, lain pula reaksi netizen yang meluahkan rasa terpegun melihat Sweet yang tetap kelihatan cantik biarpun sedang tidur di rumah ibunya ketika itu kerana keadaan kesihatan yang kurang baik.

“Happy birthday Sweet and happy anniversary korang! Aku doakan muncul anak yang comel untuk korang nanti. Aaamin.”-Siti Khadijah Halim

“Tidur pun cantik happy birthday! My childhood girl crush hihi 💘.”

“Alaa sedihnya ni betul-betul raw suprise video ni 😂🥰. Happy birthday Sweet moga terus sweet.”

“Ya Allah bangun tidur pun comel. Happy birthday Sweet ❤️.”

“Tidur pun lawa dia ni 😂.”

“Dia muka bangun tidur tak bersiap pun herlok hurmm 😭😭.”

“Aku doakan kalian dikurniakan zuriat soleh dan solehah.”

Dia tidur pun cantik and sweet. Happy birthday Sweet.”

Sekadar info, Adam Lee mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Sweet Qismina pada 24 Oktober 2022. Majlis akad nikah mereka diadakan di The Boathouse, Ampang, di mana Adam memberikan mas kahwin berjumlah 2,410.97 sebagai simbolik kepada tarikh lahir Sweet pada 24 Oktober 1997.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |