Untungnya Orang Pahang, Percuma Ke Klinik Panel! Ini 5 Manfaat Jika Mohon Kad Kesihatan Kasih Makmur

15 hours ago 13

Untung betul jadi anak Pahang! Menerusi Kad Kesihatan Kasih Makmur, rakyat yang layak kini boleh menikmati pelbagai kemudahan rawatan kesihatan secara mudah dan terjamin di seluruh negeri. Kad ini bukan sekadar kad biasa, tetapi satu inisiatif prihatin di bawah Program Inisiatif Makmur Pahang yang membantu meringankan kos rawatan, khususnya golongan memerlukan.

Dalam artikel ini, kami kongsikan jenis rawatan yang ditanggung serta cara mudah untuk menyemak kelayakan anda melalui Portal Kasih Makmur, termasuk cara melihat 200 klinik panel yang terlibat di seluruh negeri Pahang.

Apa Itu Kad Kesihatan Kasih Makmur?

Kad Kesihatan Kasih Makmur merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang yang menyediakan bantuan kesihatan kepada rakyat menerusi pemberian kad khas untuk mendapatkan rawatan di lebih 200 klinik panel yang dilantik di seluruh negeri Pahang. Inisiatif ini diwujudkan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat secara langsung daripada hasil negeri dan seterusnya menikmati kehidupan yang lebih makmur.

Program ini bermula pada tahun 2022 sebagai Insentif Bantuan Kad Kesihatan Warga Emas Negeri Pahang yang memberi manfaat kepada 18,000 penerima. Pada 2023, ia dijenamakan semula sebagai Kad Kesihatan Pride Kasih, melibatkan 30,600 warga emas dan OKU. Tahun 2024 menyaksikan penjenamaan kepada Kad Kesihatan Kasih Makmur dengan peningkatan penerima kepada 31,600 orang. Memasuki tahun 2025, seramai 37,046 penerima menikmati manfaat ini di bawah Program Inisiatif Makmur Pahang.

Lebih menarik, menjelang 2026, bantuan ini diperluaskan kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan pesara Polis Diraja Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan penerima meningkat kepada 51,955 orang.

5 Manfaat Utama Kad Kesihatan Kasih Makmur

Berikut antara manfaat rawatan yang ditanggung:

1. Rawatan Pesakit Luar

Rawatan asas seperti demam, batuk, selsema dan sakit-sakit badan boleh dibuat di klinik panel tanpa risau kos tinggi.

2. Pemeriksaan Darah Asas & Menyeluruh

Penerima layak menjalani:

  • FBC (Full Blood Count)
  • RBS (Random Blood Sugar)
  • LFT
  • Renal Profile
  • Fasting Blood Sugar
  • HBA1C
  • Ujian Kolesterol
  • Pemeriksaan menyeluruh boleh dibuat sekali setahun.

3. Pemeriksaan Radiologi

Termasuk:

  • X-ray
  • Ultrasound
  • Mammogram
  • Pap Smear

Ini sangat membantu dalam pengesanan awal penyakit kronik dan kanser.

4. Swab Test & Vaksinasi

Swab test untuk Influenza dan Covid-19 turut ditanggung, bersama vaksin seperti:

  • Influenza
  • Pneumococcal
  • Meningococcal
  • Hepatitis B
  • 5. Bekalan Supplements & Keperluan Kesihatan

Antara yang disediakan:

  • Vitamin
  • Susu nutrisi khas
  • Pampers

Bantuan ini sangat membantu warga emas dan OKU yang memerlukan penjagaan rapi.

Semak Senarai Klinik Panel (200 Klinik di Seluruh Pahang)

Kad ini boleh digunakan di lebih 200 klinik panel seluruh negeri Pahang. Senarai klinik panel ini boleh disemak melalui Portal Kasih Makmur juga — lengkap dengan lokasi dan maklumat klinik yang terlibat.

Boleh semak di sini untuk pilih klinik panel yang paling dekat dan bersesuaian dengan anda.

Cara Mudah Semak Kelayakan Kad Kesihatan Kasih Makmur

Nak tahu layak atau tidak? Ikut langkah ini:

  • Layari laman rasmi Portal Kasih Makmur.
  • Scroll ke bawah dan klik bahagian “Semakan Penerima”.
  • Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
  • Status kelayakan akan dipaparkan secara automatik.

Prosesnya cepat dan boleh dibuat secara dalam talian, tiada perlu ke pejabat.

Dengan bantuan seperti ini, rakyat Pahang mendapat akses rawatan yang lebih mudah dan teratur tanpa beban kos. Kalau anda rasa layak, jangan tunggu lagi, semak sekarang!

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |