Ummi Nazeera Kongsi Sikap Azhan Rani-“Dialah Yang Tolong Saya..”

13 hours ago 9

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan sikap pelakon, Azhan Rani selepas tular hantaran seorang usahawan di media sosial apabila dia memesan ayam goreng dan nasi goreng untuk dihantar kepada anak pelakon, Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail yang bertarung nyawa di hospital sebelum ini. Namun, usahawan tersebut menolak bayaran Azhan dan menganggap aktor tersebut sebagai individu yang ‘belanja’ arwah.

Ummi atau nama penuhnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin menerusi hantaran di Threads, menceritakan momennya ketika berada di Tanah Suci Mekah apabila dibantu oleh Azhan Rani untuk merealisasikan impiannya untuk mencium Hajarul Aswad ketika melakukan penggambaran bersama di sana.

“Abang An (Azhan Rani) memang baik sangat hati dia. Masa saya pergi Mekah shooting dengan dia, dialah yang tolong saya untuk cium Hajr Aswad.

Masa tu memang ramai sangat orang. Hampir mustahil rasa. Saya pulak kecik je kan. Tapi Abang An yang tanya dulu, ‘Ummi nak cium Hajr Aswad tak?’

Allah, what an amazing brother. Alhamdulillah for people like this.”-kongsi Ummi Nazeera di Threads

Azhan Rani Beri Respon

Dalam pada itu, Azhan sempat memberikan respon terhadap hantaran Ummi dengan menyifatkan pertolongannya itu adalah di atas izin Allah SWT.

“Allahuakbar, Allah yang izin kan semua tu Ummi Nazeera. Tak ada apa-apa laa. Lagipun abang dah pernah dulu. Masa pun masih ada masa tu. Kita cuba je. Selebihnya Allah yang izinkan.

Eh jom Umrah lagi jom. Rindu pulak Mekah, Madinah.”-balas Azhan Rani kepada Ummi

Netizen Terharu

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dengan sikap murni pelakon drama bersiri Nur ini, malah ramai yang turut menitipkan doa buat arwah anak Amyza Aznan.

“Ya Allah, seronok kan dapat gembirakan orang lain macam ni. Semoga Allah tempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.”

“MasyAllah dua-dua insan yang sangat baik. Semoga Allah selalu merahmati my dear love Ummi Nazeera dan abang superhero Azhan Rani.”

“Azhan even tak nampak di mana-mana (tahu mesti dia busy shooting), dia selalu ada untuk kawan-kawan dia. Mesti Amyza tahu siapa yang selalu ada dengan dia.”

“Kak Amyza Aznan dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang baik, dan orang-orang yang baik. InsyaAllah syurga buat Andre. Allah dah angkat kesakitan Andre. Beruntung arwah dapat doa dari ibu yang masih ada dan seluruh Malaysia mendoakan arwah.”

Sekadar info, anak lelaki kepada Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail yang menderita kanser paru-paru telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 22 Februari di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |