Nampaknya perkongsian video Raya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi beberapa video yang dimuat naik di Threads, Saddiq berkongsi momen sesi bersalaman dengan ahli keluarganya dan berjoget.
Namun apa yang mencuri perhatian ramai bukanlah kemesraan keluarganya, tetapi beberapa bungkusan yang dilihat sebagai hadiah hantaran yang tersusun rapi di ruang tamu rumahnya.
“Raya kalau tak havoc, bukan la keluarga saya. Selamat Hari Raya everyone”, tulis Saddiq.
Melihatkan bungkusan-bungkusan yang disusun di ruang tamu itu, netizen mula berspekulasi bahawa hari bahagia Saddiq bakal tiba tidak lama lagi. Sebelum ini, muncul beberapa dakwaan bahawa Saddiq dan penyanyi Bella Astillah bakal mengumumkan sesuatu yang istimewa dalam masa terdekat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tidak dapat menyorokkan rasa teruja dan gembira mereka apabila melihat video tersebut.
“Kat lantai tu hiasan ke hantaran?”
“Get ready guys! Seminggu lepas raya!”
“Wow, awal YB (Yang Berhormat) prepare hantaran. Selamat Hari Raya dan selamat bertunang in advance!”
Video -@syedsaddiq (Threads)Bukan itu sahaja, Bella dan Saddiq juga menjadi perbualan ramai apabila kedua-dua dilihat mengenakan baju yang sedondon warnanya sepanjang Hari Raya Aidilifitri kali ini.
Untuk makluman, Bella Astillah dan Syed Saddiq tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan mereka. Namun MURAI dan netizen mendoakan yang terbaik untuk mereka!

1 month ago
74



![[VIDEO] Konsert Bukan Pertandingan Vokal! Ini Sebab Kenapa Konsert Fauziah Latiff ‘Full House’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Feature-Image-2000-Px-PHIC-50-1.webp)





























![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)







![[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4dd9619a-ce63-4f27-bdd8-9e0339205594.webp)



![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)



