Musim cuti makin dekat, ramai sudah mula merancang percutian ke destinasi sejuk memandangkan negara yang mempunya empat musim bakal dilanda musim winter sekitar hujung tahun. Tapi isu sama tetap muncul setiap tahun, “Nak beli winter jacket mahal, bajet tak ngam” . Hakikatnya, tak perlu pun jenama high demand untuk kekal panas dan bergaya. Ramai kaki travel setuju bundle winter wear pun dah cukup padu, harga lebih mesra dompet dan tetap nampak stylish bila OOTD.
Menariknya, tren membeli pakaian sejuk di kedai bundle semakin menjadi pilihan, bukan sahaja kerana murah, malah kualitinya sering hadir dari negara empat musim. Sekali beli, bukan sahaja suhu terjaga, vibe pun on point!
Kenapa Bundle Jadi Pilihan ‘Smart’ Untuk Winter Wear
Percaya atau tidak, winter jacket di butik boleh cecah ratusan ringgit, tetapi di kedai bundle, banyak pilihan coat tebal, down jacket dan snow wear sekitar RM20–RM80 sahaja.
Kedai-kedai bundle popular sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pula memang ada ruang “winter section” khas yang dipenuhi pakaian musim sejuk original dari Korea, Jepun, UK dan Eropah.
Dengan harga sebegitu berbaloi, tak hairanlah semakin ramai pelancong Malaysia pilih bundle sebagai destinasi wajib sebelum terbang.
@theroseline8Murah & berbaloi sangat, sape nak travel time winter nanti korang go check out this bundle ok. #badenbundlesetapak #jbrbundle #jjp #jalanjalanjapan #bundlewintercoat #wintercoat #wintercoatreview #fyp
♬ original sound – Roseline – Roseline
Tip Pilih Baju Bundle Untuk Destinasi Sejuk, Jangan Tertipu Dengan ‘Nampak Tebal’
Sebelum setuju bayar, pastikan buat spot check kecil:
1. Fabrik & Lapisan, cari material yang ada:
- fleece
- down/feather
- padded lining
- Elakkan jaket yang nampak bulky tapi kosong di dalam, angin masuk, confirm menggigil.
TIPS: Periksa label suhu di negara tersebut, jika datang dari negara empat musim seperti Jepun, Korea, UK atau Europe, biasanya memang direka untuk suhu bawah 10°C.
3. Wajib Cuba Depan Cermin.
- Pastikan, selesa
- Tak ketat bila layering
- Ruang cukup untuk inner thermal
- Jaket cantik tapi tak boleh bergerak? Red flag besar.
4. Item Bundle Yang Berbaloi Untuk Travel:
- Winter coat / down jacket sebagai outer layer
- Inner thermal / heattech, sweater tebal
- Snow pants & jeans berat untuk kawasan bersalji
TIPS: Aksesori wajib, beanie, sarung tangan, mafla, stoking tebal. Murah, kecil, dan selamatkan dari kesejukan. Win-win.
5. Cara Jaga Kebersihan Bagi Nampak Premium
- Basuh atau dry-clean dahulu
- Gunakan pencuci anti-bakteria
- Jika material sensitif, hantar ke dobi profesional
TIPS: Nak naikkan gaya? Tambah butang baru, pin brooch, atau mix & match dengan seluar & kasut sendiri. Itu lah flex sebenar.
@sfeaimanSiapa travel musim winter nnt cari je lah jacket kat sini. Kalau jumpa ygg cantik tu mmg jackpot😍 #BundleMalaysia
Bundle ‘Famous’ Untuk Cari Winter Wear
Antara nama besar yang selalu disebut kaki bundle:
- JBR Bundle
- 2nd Street
- Jalan-Jalan Japan
- Bandoru
TIPS: Nak cari tempat dekat dengan kawasan sendiri? Scroll je sosial media macam TikTok atau Instagram, ramai content creator share review bundle yang best untuk anda hunting pakaian sejuk.
Apa pun gaya yang dipilih, yang penting selesa, hangat dan tak bocor angin tau. Bundle bukan saja jimat tapi kadang lebih berkualiti daripada butik. Apa pun Murai ucapkan selamat ‘menyelam’ bundle, semoga percutian anda cozy, stylish dan penuh momen cantik!

17 hours ago
9


![[VIDEO] Respons Cucu Melawat Kubur Nenek Buat Ramai Terhibur- “Ni Pocong La Sebenarnya”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/8-2.jpg)






![[VIDEO] Lelaki ‘Serang’ Ariana Grande Dihalau Dari Konsert Lady Gaga- “Saya Diusir Sebelum Show”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7-2.jpg)




![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)



![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)












![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


![[VIDEO] “Sejujurnya, Saya Manusia Paling Malas Untuk Pergi Event Fashion Show”-Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-31.jpg)








![[VIDEO] Ahmad Dayyan Beri Bunga Kepada Talita, Reaksi Shuib Undang Curhat Warganet](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-34.jpg)
![[VIDEO] Senyuman Lebar Aliff Syukri Lihat Ammar Ahyan Menyanyi Bersama Amad](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-32.jpg)




