Berita baik untuk semua pencinta travel! AirAsia X (AAX) kini membuka penerbangan terus pertama dari Kuala Lumpur ke Istanbul, Türkiye. Laluan baru ini memang sesuai untuk mereka yang nak melancong jauh tapi bajet masih terjaga. Tak perlu lagi risau pasal kos tinggi, sebab ini peluang untuk pengalaman international tanpa membebankan dompet.
Penerbangan sulung D7 604 berlepas dari KLIA Terminal 2 pada 14 November 2025 dan selamat tiba di Lapangan Terbang Sabiha Gökçen, Istanbul. Ini kali pertama AirAsia X masuk ke pasaran Türkiye, jadi memang detik bersejarah dan terbaiknya, ia untuk semua golongan termasuk traveler bajet.

Istanbul memang destinasi yang power untuk semua jenis pengembara. Bandar yang penuh sejarah, bangunan ikonik, budaya yang unik dan makanan halal yang banyak menjadikan bandar ini perfect untuk mereka yang travel tanpa nak bazir banyak duit. Sama ada nak bercuti santai, jelajah budaya, transit ke Eropah, atau lawat keluarga, laluan baru ini memudahkan semuanya.
Semasa sidang media di Conrad Hotel, Istanbul, MURAI turut hadir dan sempat tanya CEO AirAsia X, Benyamin Ismail, tentang promosi khas sempena musim salji dan bulan Ramadan. Jawapannya simple tapi menarik:
“Sudah tentu! Sentiasa ada tawaran untuk penumpang, jadi nantikan sahaja.”
Ini memang berita best untuk traveler bajet yang nak plan trip hujung tahun atau Ramadan di Turki dengan harga lebih berpatutan.
Benyamin Ismail juga kata Istanbul antara destinasi paling banyak diminta penumpang. Bandar ini bukan saja cantik, tapi ada banyak peluang pelancongan dan pengalaman menarik, sesuai untuk mereka yang travel dengan bajet terhad. Pengerusi Capital A, Datuk Kamarudin Meranun, tambah lagi, permintaan penerbangan antarabangsa makin meningkat dan AAX nak pastikan semua orang ada pilihan travel murah untuk jarak jauh.

Laluan ini juga selari dengan persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026. Dengan rangkaian Fly-Thru AirAsia yang cover lebih 130 destinasi, laluan baru ini bukan saja buka peluang ke Istanbul, tapi juga tarik pelancong asing ke Malaysia.
Hubungan Malaysia–Türkiye pun dijangka makin erat dengan pembukaan laluan ini. Duta Türkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel, percaya ia akan beri manfaat untuk pelancongan, ekonomi dan hubungan dua hala.

Istanbul memang power! Dari Hagia Sophia, Masjid Biru, Istana Topkapi, sampai Grand Bazaar dan Spice Bazaar, semuanya ada untuk dijelajah. Makanan halal sedap dan banyak, pemandangan Selat Bosphorus cantik, memang sesuai untuk travel santai tapi penuh pengalaman.

AirAsia X tawarkan tambang sehala bermula RM749 sahaja, termasuk semua caj asas. Dengan empat penerbangan seminggu dan lebih 150,000 tempat duduk setahun, memang banyak peluang untuk plan trip tanpa tekanan bajet. Tempahan promosi dibuka sehingga 30 November 2025 untuk perjalanan sehingga 14 September 2026, boleh terus tempah di airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE.
Secara keseluruhan, laluan terus Kuala Lumpur–Istanbul ini memang berita gembira untuk traveler bajet. Dengan janji promosi istimewa musim salji dan Ramadan, masa untuk tulis “Istanbul” dalam senarai impian travel korang memang tepat sekarang!

10 hours ago
8
![[VIDEO] Gelagat Que Haidar Buat Kejutan ‘Birthday’ Sherry Al-Hadad Buatkan Ramai Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2254.jpeg)






![[VIDEO] Jatuh Dari Papan Selaju Elektrik, Justin Bieber Alami Kecederaan Tulang Rusuk](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/2-8.jpg)

![[VIDEO] Reaksi Achey Lihat Aksi Anaknya Memancing, Buatkan Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2249.jpeg)
![[VIDEO] Telatah Eidress ‘Backup’ Anzalna Buatkan Netizen Terhibur-“Tak Nak Mummy Baru…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2241.jpeg)
![[VIDEO] Sweet Qismina Ada Sebab Tersendiri Kenapa Tidak Sebut Nama Suami Ketika Ambil Anugerah…](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2240.jpeg)



















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)



![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)


