Travel Hack 2026, Destinasi ‘Lokal Rasa Luar Negara’, Tapi Under Bajet

6 hours ago 3

LifeXplore kali ini merungkai satu trend pelancongan yang semakin menjadi bualan, destinasi lokal yang rasa international, tapi kosnya serendah harga kopi tarik di mamak.

Sempena kempen Visit Malaysia 2026, pelbagai lokasi yang selama ini hanya jadi rahsia penduduk setempat mula mencuri perhatian kerana suasana yang seakan luar negara, malah ada yang setanding New Zealand, Amazon hingga Maldives. Bezanya? Kita hanya perlu pandu kereta atau naik flight promo.

Cameron Highlands, ‘Mini New Zealand’ Sejuk Beku Tanpa Cop Pasport

Via Tourism Malaysia

Suasana ladang teh menghijau, angin sejuk kadangkala boleh mencecah sehingga15°C dan ladang strawberi yang boleh petik sendiri. Semuanya memberi vibe seperti berada di negara yang bersalji. Trek Mossy Forest pula rasa macam set lokasi filem fantasi. Waktu malam? Duduk santai layan teh panas sambil udara berkabus.

Kos Anggaran: RM150/sehari (termasuk homestay + makan).
TIPS: Pergi hari biasa untuk elak kesesakan, lighting pagi lebih cantik untuk ambil gambar, content selain nyaman.

  • Homestay: RM98-RM250/malam untuk 4-6 orang (contoh Dreamscape Apartment RM100+, AYAAN Comfy RM98+, Rata House RM230+), boleh split jadi RM25-RM50/orang jika berkumpulan. Weekdays lagi murah, parking free kebanyakan tempat.

  • Makanan: RM30-RM50/hari (teh tarik + nasi lemak RM5-RM10, strawberry pick-your-own RM20/kg). Hawker Tanah Rata murah, elak restoran touristy.

  • Aktiviti: Trek mossy forest atau farm free murah (RM5-20), zipline RM50 opsional. Total tak sampai RM100 kalau fokus free spots macam Boh Tea Plantation.

Sandakan & Kinabatangan, Amazon Borneo Dengan Biodiversiti Luar Biasa

Via Tourism Malaysia

Sabah terus mendominasi carta pelancongan, Sungai Kinabatangan dengan habitat proboscis monkey, pygmy elephant dan safari malam yang buat kita rasa macam hos dokumentari Nat Geo.

Kos 2 Hari: RM300 termasuk river cruise + lodge asas.
TIPS: Ambil flight promo AirAsia ke Sandakan (serendah RM50 satu hala), kemudian stay di homestay tepi sungai untuk sunrise view yang memang priceless.

  • Penginapan: RM30-RM120/malam (hostel macam Sandakan Backpackers RM72 purata, homestay atau Airbnb RM82+, hotel bajet Traveloka RM30-RM50). Split 2-4 orang jadi RM20-RM50/orang.

  • River Cruise Kinabatangan: RM80/pax untuk half day bot jumpa proboscis monkey (basic tour, bukan luxury). Night safari tambah RM50 opsional.

  • Makanan & Lain: RM20-RM40/hari (seafood hawker RM10-RM15/plate, nasi campur RM5). Flight AirAsia KL-Sandakan promo RM50 satu hala. Total 2 hari memang bawah RM300/orang kalau plan betul.

Pulau Tioman, Versi ‘Maldives Tropika’ Tanpa Drama Harga

Via tiktok

Pulau Tioman terus menawan hati dengan pantai kristal ala Maldives, snorkeling jumpa baby shark di Pulau Renggis, dan jungle treking ke air terjun tersorok, betul-betul rasa macam luxury island hopping Eropah, tapi tanpa passport dan visa panjang.
Kos 2 Hari: RM400 termasuk ferry + chalet basic + snorkeling (lebih realistik untuk kumpulan 2-4 orang).

TIPS: Naik bus ke Mersing/Tanjung Gemok (RM40 dari KL), ferry RM70 dewasa + RM10 cukai taman, tempah pakej 3 Hari 2 Malam off-peak Januari hingga Februari supaya murah. Stay chalet tepi pantai untuk sunset view free dan elak peak season sebab harga naik 30%.

  • Penginapan: RM86-RM200/malam (guesthouse Traveloka RM86+, Sun Beach twin RM200/bilik untuk 2 orang, split RM100/orang, homestay Rompin RM120+ lengkap kipas dan penghawa dingin).

  • Ferry & Snorkel: RM70 ferry + RM60-100 snorkel half-day (RM18 boat ke Renggis). Pakej bundle RM450-560 untuk 3 hari 2 malam.

  • Makanan & Lain: RM30-50/hari (seafood Nasi Lemak Ikan Bilis RM20/plate, air kelapa RM5). Total 2 hari bawah RM400/orang kalau share + weekdays.

Ipoh & Taiping, Gabungan Tuscany, Petra dan Hidden Europe Rasa Tempatan

Via Pexels

Ipoh & Taiping terus jadi Tuscany Cave dan ‘Foodie Escape ala small Europe towncave temples macam Petra Jordan, white coffee kopitiam dia memang nostalgia, laksa Taiping dan zoo malam, pertama di Asia,
Kos 2 Hari: RM160 termasuk train + hotel bajet + food trail (super murah untuk weekend getaway dari KL).

TIPS: Naik ETS train KL-Ipoh (RM40 satu hala, 2 jam sahaja), jalan kaki free heritage trail Concubine Lane + Ipoh mural. Stay hostel tepi sungai untuk morning coffee view gunung, weekdays lagi murah elak crowd weekend.

  • Penginapan: RM30-RM80/malam (hostel Old Town RM50+, Airbnb dorm RM40/orang, hotel bajet Traveloka RM60 twin share split RM30/orang).

  • Aktiviti Utama: Gua Tempurung RM8-RM30 (MyKad price dry tour), Lost World Tambun RM64-85 (promo), cycle rental RM20/hari. Free: Kellie’s Castle + street art walk.

  • Makanan & Lain: RM20- RM40/hari (white coffee + kaya toast RM5, laksa Taiping RM10). Total 2 hari bawah RM160/orang kalau share + fokus hawker free parking.

Malaysia mensasarkan lebih 30 juta pelancong untuk Viait Malaysia 2026 (VM2026), dan hidden gems seperti ini dijangka mengangkat pelancongan tempatan ke tahap baharu dan yang penting, rakyat sendiri pun boleh merasa pengalaman ‘oversea feel’ tanpa menanggung kos melancong luar negara.

Murai cadangkan kalau kalian jenis suka ambil gambar cantik, jimat bajet dan nak pengalaman luar kotak, ini masa terbaik untuk mula rancang perjalanan. Jangan lupa tag kawan-kawan yang kaki travel, dan standby untuk next trip!

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |