Tony Fernandes Teruja Lihat Kru Kabin Bertudung– “Ini Kali Pertama Saya…”

8 hours ago 6

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes mencuri perhatian ramai apabila berkongsi detik istimewa bersama kru kabin dalam penerbangan pertama menggunakan uniform baharu.

Menerusi hantaran di media sosial, beliau meluahkan rasa bangga melihat perubahan yang berlaku dalam syarikatnya. Menariknya, menurut Tony, apa yang paling menyerlah bukanlah rekaan pakaian semata-mata.

“Penerbangan pertama bersama kru dengan uniform baharu kami. Apa yang paling menonjol bukanlah pada penampilan, tetapi pada insan di sebaliknya. Saya bangga kami memberi ruang untuk setiap orang menjadi diri sendiri,”- tulisnya.

Kenyataan itu jelas menunjukkan betapa beliau menghargai kepelbagaian dan kebebasan identiti dalam kalangan kru kabin.

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut memberikan reaksi positif terhadap langkah tersebut. Antara komen yang mendapat perhatian ialah, “it’s a smart move sir 👏”, yang memuji pendekatan inklusif syarikat penerbangan itu.

Untuk rekod, AirAsia sebelum ini telah mengumumkan pembaharuan dalam polisi pakaian seragam kru kabin pada penghujung tahun lalu. Menerusi perubahan ini, kru wanita kini diberi pilihan untuk memakai hijab ketika bertugas,  satu langkah yang tidak ditawarkan oleh semua syarikat penerbangan.

Inisiatif ini selari dengan budaya AirAsia yang sentiasa berkembang mengikut maklum balas kakitangan, atau lebih dikenali sebagai “Allstars”. Ia juga mencerminkan usaha syarikat dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih inklusif, di mana setiap individu boleh tampil dengan yakin, selesa dan bangga.

Walaupun terdapat penambahan pilihan seperti hijab dan seluar, identiti jenama masih dikekalkan menerusi uniform ikonik berwarna merah. Malah, reka bentuk hijab tersebut diinspirasikan daripada uniform kru yang bertugas di laluan Jeddah, sekali gus memastikan aspek keselesaan, keselamatan dan konsistensi jenama terus terpelihara di seluruh rangkaian.

Jelas sekali, langkah ini bukan sekadar perubahan pada pakaian, tetapi satu mesej besar tentang penerimaan dan kebebasan untuk menjadi diri sendiri. Bagi Tony, inilah perkara yang benar-benar membuatkan beliau bangga.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |