Sebuah video tular di media sosial yang dikongsi oleh @kesultanan.pahang di TikTok memaparkan suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) yang bertukar meriah apabila Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, berkenan mencemar duli merasmikan pembukaan Sense of Malaysia di Kuching, Sarawak.
Sense of Malaysia ialah inisiatif oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang memperkenalkan ruang cenderamata berkonsepkan budaya Malaysia, menghimpunkan pelbagai produk tempatan daripada komuniti-komuniti di seluruh negara.
Rakyat yang hadir jelas teruja menyambut keberangkatan Paduka Baginda, yang turut diiringi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah, sebelum disambut oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Momen Manis Paduka Baginda Bersama Rakyat Sarawak
@kesultanan.pahangKDPB TENGKU AMPUAN PAHANG RASMI SENSE OF MALAYSIA DI SARAWAK KUCHING 7 Disember 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat merasmikan Sense of Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) di sini hari ini. Paduka Baginda diiringi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba pada pukul 10 pagi disambut oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Cukup istimewa apabila Paduka Baginda berkenan melakukan demonstrasi pembuatan Kek Lapis Sarawak, serta menyaksikan demonstrasi Tenunan Songket, Pua Kumbu dan Sulaman Keringkam. Sense of Malaysia merupakan rangkaian gedung cenderamata berkonsepkan seni, budaya dan produk tempatan, diusahakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Paduka Baginda yang juga Penaung Kraf Diraja Jabatan Penjara mencadangkan agar produk keluaran institusi penjara turut dipasarkan di sini sebagai nilai tambah baharu. Sebanyak 25 komuniti usahawan tempatan dalam pelbagai kategori, termasuk fesyen, kraf, tekstil, aksesori, makanan kering, kosmetik dan kesihatan menempatkan produk mereka untuk dijual di Sense of Malaysia. – KESULTANAN PAHANG #tengkuampuanpahang #kesultananpahang #senseofmalaysia #borneo #sarawak
♬ original sound – Kesultanan Pahang – Kesultanan Pahang
Momen paling mencuri perhatian ketika Paduka Baginda menyaksikan demonstrasi pembuatan Kek Lapis Sarawak. Dengan senyuman manis dan gaya bersahaja, Paduka Baginda mengikuti setiap langkah pembuat kek tempatan dan mendengar penerangan cara pembuatan.
Rakyat yang memerhati bukan sahaja terpesona, malah berasa bangga melihat keakraban Paduka Baginda bersama rakyat Sarawak. Mereka yang menonton video tersebut turut berkongsi rasa teruja dengan meninggalkan komen di ruangan komen.
VIA TikTok @kesultanan.pahangTurut memeriahkan acara, Paduka Baginda menyaksikan demonstrasi seni warisan Borneo seperti Tenunan Songket, Pua Kumbu, dan Sulaman Keringkam.
Setiap hasil kraftangan yang dipersembahkan mendapat perhatian Paduka Baginda, yang sememangnya terkenal sebagai tokoh yang begitu dekat dengan dunia seni, budaya, dan kraftangan tempatan.
Lebih istimewa lagi, Paduka Baginda yang juga Penaung Kraf Diraja Jabatan Penjara turut menyarankan agar produk penghasilan institusi penjara diberikan ruang pameran di sini, sebagai usaha memperkukuh ekonomi komuniti tersebut.
Pembukaan ini turut menghimpunkan 25 usahawan tempatan yang menawarkan pelbagai produk seperti tekstil, fesyen, makanan kering, aksesori, dan kraf tangan.
Kehadiran Tengku Ampuan Pahang bukan sekadar merasmikan acara, tetapi turut memberikan inspirasi besar kepada penggiat seni dan usahawan tempatan untuk terus memajukan warisan Malaysia di pentas antarabangsa.

18 hours ago
7
![[VIDEO] Shuib Sifatkan Momen Bersama Anak ‘Ubat Tidur’ Buat Dirinya](https://murai.my/wp-content/uploads/2023/09/shuib-watie-sedondon.jpg)
![[VIDEO] Che Ta Kongsi BTS ‘Bahagia Yang Tertangguh’, Netizen Terhibur!-“Mengengkang Lari Kak Ju..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/affa1c70-96cf-417b-bfb4-846e3f7d6139.jpg)











![[VIDEO] “Anak Saya Hilang Tiga hari!’- Bapa Menangis Cari Anak Hilang Dalam Tanah Runtuh di Sibolga](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/gambar-pakcik.jpg)
















![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)



![[VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/45f04852-5a32-4dd3-ba17-c169d90e51c7.jpg)
![[VIDEO] “Sejujurnya, Saya Manusia Paling Malas Untuk Pergi Event Fashion Show”-Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-31.jpg)




![[VIDEO] Gelagat Noor Nabila Buat Isyarat “L” Pada El Rumi Tuai Pelbagai Reaksi Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/10-1.jpg)






![[VIDEO] Senyuman Lebar Aliff Syukri Lihat Ammar Ahyan Menyanyi Bersama Amad](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-32.jpg)