Nama Kim Seri sekali lagi jadi sebutan hangat netizen apabila pempengaruh kontroversi itu memuat naik Certificate of Good Conduct (Sijil Kelakuan Baik) dari Kerajaan Malaysia di Instagram Story.
Tiada Rekod Jenayah Di Malaysia
via Instagram Kim SeriMenerusi hantaran tersebut, dokumen rasmi itu menyatakan bahawa Seri Azlina Mohamed Sani, nama sebenar Kim Seri, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah di Malaysia.
Alhamdulillah. Hello Korea.
Penulisan tersebut dipercayai sebagai sindiran kepada mereka yang sebelum ini mempertikaikan kelayakannya untuk memohon status Penduduk Tetap (PR) di Korea Selatan.
Menurut Kim Seri, sijil itu adalah untuk kegunaan rasmi di Republik Korea dan dia berkongsinya kerana ramai netizen pernah menyuruhnya semak rekod jenayah.
Menipu Rakyat Malaysia
Namun, bukan netizen Malaysia namanya kalau tak cepat ‘menyiasat’. Ramai kembali mengungkit kontroversi lama yang melibatkan Kim Seri pada tahun lalu, di mana dia dakwa menipu lebih RM500,000 menerusi pakej pelancongan ke Korea.
Lebih 20 laporan polis dilaporkan dibuat terhadapnya kerana perkhidmatan yang dijanjikan seperti tiket penerbangan dan penginapan yang tidak ditunaikan seperti dipromosikan.
Kini, walaupun Kim Seri tampil menunjukkan sijil rasmi, ramai masih tidak puas hati. Ada yang persoalkan dengan kes penipuannya sebelum ini.
Bukan Niat Nak “Show Off”
via Instagram Kim SeriMenjawab persoalan itu, Kim Seri tampil sekali lagi di Instagram Story dan berkata, dia bukan nak ‘show off’, tapi hanya mahu buktikan bahawa dia telah melakukan apa yang netizen minta dengan menyemak rekod jenayah secara sah.
Malah, dia dengan jujur mengakui bahawa hutangnya masih banyak, bukan sekadar “keliling pinggang”, tapi “keliling badan”.
Ada juga netizen mendakwa sijil itu mungkin diperolehnya sebelum melanjutkan pelajaran ke Korea, namun Kim Seri tampil menunjukkan email pengesahan bertarikh 14 Ogos 2025, sebagai bukti ianya baru sahaja diluluskan.
Tapi kalau tak percaya sekalipun tak merugikan saya sebab saya yang nak apply bukan mereka.
Walaupun dihimpit kecaman dan skeptikal orang ramai, Kim Seri nampaknya tetap yakin meneruskan langkah ke Korea.
Sama ada masyarakat memaafkan atau tidak, masa sahaja yang akan menentukan. Tapi satu yang pasti – Kim Seri pandai mencuri tumpuan.

3 months ago
147
![[VIDEO] Shuib Sifatkan Momen Bersama Anak ‘Ubat Tidur’ Buat Dirinya](https://murai.my/wp-content/uploads/2023/09/shuib-watie-sedondon.jpg)
![[VIDEO] Che Ta Kongsi BTS ‘Bahagia Yang Tertangguh’, Netizen Terhibur!-“Mengengkang Lari Kak Ju..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/affa1c70-96cf-417b-bfb4-846e3f7d6139.jpg)












![[VIDEO] “Anak Saya Hilang Tiga hari!’- Bapa Menangis Cari Anak Hilang Dalam Tanah Runtuh di Sibolga](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/gambar-pakcik.jpg)















![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)



![[VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/45f04852-5a32-4dd3-ba17-c169d90e51c7.jpg)
![[VIDEO] “Sejujurnya, Saya Manusia Paling Malas Untuk Pergi Event Fashion Show”-Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-31.jpg)




![[VIDEO] Gelagat Noor Nabila Buat Isyarat “L” Pada El Rumi Tuai Pelbagai Reaksi Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/10-1.jpg)






![[VIDEO] Senyuman Lebar Aliff Syukri Lihat Ammar Ahyan Menyanyi Bersama Amad](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-32.jpg)