Pandangan pertama sahaja sudah cukup membuatkan pengunjung teruja. Di bahagian hadapan gudang, kalian akan disambut dengan longgokan pakaian bundle serendah RM1 hingga RM2 sehelai, koleksi jeans denim, baju tie-dye serta dekorasi bertemakan Route 66 yang cukup ikonik.
Terletak di kawasan perindustrian, The Vintage & Route 66 menjadi antara port menarik buat pencinta barangan vintaj dan second-hand yang suka meneroka barangan tersebut.
Pengumpul Mainan Rare
Gambar: Instagram @route66_usedclothingBagi peminat koleksi anime, manga atau figura aksi lama, tempat ini memang boleh dianggap syurga tersembunyi. Deretan kabinet panjang di dalam gudang dipenuhi pelbagai koleksi menarik termasuk figura superhero lama, koleksi anime klasik, Hot Wheels dan juga Tamagotchi.
Antara yang paling mencuri perhatian ialah figura Spawn yang kini agak sukar ditemui di pasaran. Ada juga pelbagai koleksi lama yang mungkin mengimbau zaman kanak-kanak ramai pengunjung.
Banyak Barangan Rumah Vintage & Antik
Gambar: Instagram @Di bahagian belakang gudang pula, terdapat ruang khas untuk barangan rumah dan dekorasi vintaj. Kalian boleh jumpa pelbagai jenis kabinet kayu lama, meja antik, lampu Turki, pasu kristal, kotak muzik, pinggan mangkuk klasik dan macam-macam lagi.
Malah, ada beberapa perabot rotan yang masih kelihatan cantik dan kukuh walaupun sudah berusia. Sesetengah perabot kayu mungkin memerlukan sedikit kerja restorasi, tetapi bagi mereka yang kreatif, ada banyak barangan yang boleh diubahsuai menjadi lebih menarik.
Bagi peminat pinggan mangkuk dan koleksi dapur pula, pilihan di sini memang cukup banyak. Gelas, mangkuk, pinggan dan pelbagai barangan dapur dijual sama ada secara individu atau pukal mengikut kilogram. Memang rambang mata dibuatnya.
Tingkat Atas Penuh Dengan Bundle Murah
Selepas puas menjelajah di tingkat bawah, pengunjung boleh naik ke aras mezzanine yang dikhaskan untuk pakaian bundle lelaki dan wanita.
Walaupun terdapat beberapa longgokan jeans bundle yang perlu diselak satu persatu, kebanyakan pakaian di sini sebenarnya disusun kemas mengikut kategori dan warna. Keadaan pakaian juga masih elok dengan harga yang sangat berpatutan, ada yang serendah RM5 sahaja.
Memang kena rajin mencari saiz dan design yang sesuai, tetapi itulah sebenarnya keseronokan membeli-belah di kedai bundle.
Info Lokasi
Alamat: 5, Jalan Permata 9/KS9, 42000 Klang, Selangor
Waktu Operasi:
- Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 6 petang (booking sahaja)
- Sabtu – Ahad: 8.30 pagi – 9.30 malam (walk-in)
Kalau kalian sedang mencari port healing sambil memburu barangan rare, bundle vintage atau dekorasi klasik yang unik, tempat ini memang berbaloi untuk diterokai. Sesekali masuk gudang macam ini, memang boleh hilang masa dibuatnya.

9 hours ago
7




![[VIDEO] Anak Pelanggan Dedah Nampak ‘Lembaga Hitam Besar’ Di Kedai Ajak Shiro](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/8.webp)


![[VIDEO] Nazeera Sardi Bertemu Azar Azmi, Netizen Sebak-“Semua Orang Cari Dia…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/37cf02b4-9680-4d1b-bd60-718758711b0a.webp)
![[VIDEO] Sulaiman Usop Hadir Dengan Single ‘Pergilah’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-2-3.webp)





























![[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4dd9619a-ce63-4f27-bdd8-9e0339205594.webp)






![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)



