Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin membuat perkongsian bersama peminat di media sosial apabila dia dapat menghubungi semula rakan selebriti, Azar Azmi yang baru sahaja dibebaskan pihak polis susulan siasatan kes penipuan yang membabitkan penjualan tanah kurnia dan urusan darjah kebesaran.
Syatilla menerusi hantaran di Thread, menyatakan bahawa dia menitipkan rasa syukur apabila dapat menghubungi semula rakan lamanya yang dikenali sejak sama-sama bergelar peserta Dewi Remaja 2009/2010. Malah, dia turut memohon doa orang ramai buat keselamatan Azar serta anak-anaknya itu.
“Harini Alhamdulillah rasa happy puas dapat contact balik kawan lama Tilla, si Azar 😍. Housemate dari zaman Dewi Remaja dulu, kami banyak kenangan sama-sama 🥹. Doakan keselamatan dia dengan anak-anak please.”- kongsi Tilla di Thread

Netizen Pilu
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa pilu dengan ujian yang menimpa Azar, malah ramai yang memohon pihak industri terlibat untuk mengambil semula Azar berlakon kerana dirinya yang sangat berbakat dalam lakonan.
“Yang paling kesian dia cakap handphone pun takde. Aduhh.”
“Masa dia kena tahan dalam lokap, dia minta sejadah untuk solat.”
“Please Tilla bantu dia, jadi teman berborak luah perasaan pun dah okay, banyak yang dia simpan rasanya tu. Kesian dia.”
“Semoga dipermudahkan urusan Azar, rindu lakonan dia.”
“Alhamdulillah, ramai yang sayang dan ambik berat kat Azar. Semoga Allah permudahkan semuanya.”
“Dah tengok klip video Azar kat Melodi, pengajaran orang perempuan tolong jangan salah pilih suami. Jahanam masa depan.”
“Cakap kat dia kami rindu dia, please berlakon semula bawa anak-anak sekali 😭.”
Sekadar info, Azar dan suaminya, Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri sebelum ini ditahan pada Mac lalu bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan kerugian RM1.5 juta, termasuklah penjualan tanah kurnia dan urusan darjah kebesaran.
Walaubagaimanapun, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, memaklumkan bahawa Azar dibebaskan dan akan menjadi saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes tersebut.

14 hours ago
8


![[VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Feature-Image-2000-Px-PHIC-65.webp)


![[VIDEO] DSV Luah Rasa Terkejut Apabila Bertemu Kembali Dengan Iqbal Zulkefli-“Masa Ni Saya Terkedu…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/a6658e2c-2804-4664-bc4e-45617a6da635.webp)





























![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)











![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)
