Berita baik buat rakyat Malaysia! Dalam suasana Aidilfitri yang masih hangat dengan bau lemang dan rendang, kerajaan tampil meneruskan bantuan kewangan menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang kini sudah mula disalurkan kepada penerima.
Lebih menggembirakan, seramai 200,000 penerima baharu telah diluluskan dan mula menerima bayaran bermula hari ini, 30 Mac 2026. Memang timing cun untuk tampung perbelanjaan raya.
Via laman web rasmi STRSTR Fasa 2, Rezeki Raya Yang Dinanti
Sebelum ini, bayaran STR Fasa 2 telah pun mula diagihkan kepada penerima sedia ada sejak 10 Mac 2026. Namun, bagi pemohon baharu dan yang membuat rayuan, pembayaran hanya mula dikreditkan hari ini secara berperingkat.
Bantuan ini boleh diterima melalui dua kaedah:
- Ada akaun bank – Duit terus masuk akaun
- Tiada akaun bank – Ambil tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Bagi yang tinggal di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, kaedah bayaran turut disesuaikan mengikut akses setempat.
Berapa Jumlah Bayaran Yang Diterima?
Jumlah bantuan STR Fasa 2 bergantung kepada kategori pendapatan dan bilangan anak. Antara kadar bayaran adalah:
Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM2,500)
- Tiada anak: RM150
- 1 – 2 anak: RM300
- 3 – 4 anak: RM450
- 5 anak ke atas: RM600
Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000)
- Tiada anak: RM100
- 1 – 2 anak: RM100
- 3 – 4 anak: RM200
- 5 anak ke atas: RM250
Warga Emas (Tiada Pasangan)
- RM150
Walaupun jumlahnya berbeza, bantuan ini jelas membantu meringankan beban terutama ketika musim perayaan.

Cara Semakan Status STR Fasa 2
Nak tahu duit dah masuk atau belum? Mudah je. Ikut langkah berikut:
- Layari portal rasmi STR
- Log masuk akaun MySTR
- Klik bahagian Semakan Status
- Lihat status bayaran sama ada dalam proses pengkreditan atau telah dikreditkan
Kalau status masih dalam proses, bertenang dulu, bayaran dibuat secara berperingkat.
Jangan Terpedaya Dengan Scam
Dalam keterujaan menerima bantuan, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan pautan tidak sahih yang tular di media sosial.
Pastikan hanya semak dan buat urusan melalui portal rasmi sahaja. Elakkan klik link mencurigakan.
Menariknya, pembayaran STR Fasa 2 tahun ini diawalkan berbanding jangkaan asal (April 2026), khusus bagi membantu rakyat membuat persiapan Hari Raya dengan lebih selesa.
Jadi sementara masih sibuk beraya dari rumah ke rumah, jangan lupa semak akaun masing-masing. Mana tahu rezeki raya dah pun ‘landing’!
Apa pun, Murai nasihatkan agar manfaatkan bantuan ini sebaiknya sama ada untuk keperluan harian, duit minyak balik kampung atau tambah juadah raya.

7 hours ago
7












![[VIDEO] Gelagat Remy Ishak Salam Raya Ibu Undang Gelak Tawa- “Menekan-Nekan Minta Maaf Tu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-28.webp)






![[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/KV_Samsung-Mobile-Galaxy-S26-Series-New-Bach-and-Handel-Classical-Ringtones_dl1-scaled.webp)

















![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)


![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)


![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)




