Ganti (Qada’) solat fardu ketika solat terawih? Boleh ke?
Tak dinafikan bila tibanya bulan Ramadan, ramai yang berlumba-lumba untuk mengumpul pahala dan melakukan kebaikan. Bukan itu sahaja, ada juga segelintir pihak mengambil peluang dalam bulan suci ini untuk mengganti solat-solat fardhu yang pernah ditinggalkan sebelum ini.
Psst… Apa yang MURAI perasan ketika ini, beberapa soalan telah muncul di media sosial apabila ada segelintir pihak bertanya sama ada kita boleh ganti solat fardu secara berjemaah di belakang imam yang mendirikan solat sunat terawih.
Nak tahu jawapannya? Baca entri ini sampai habis ye…
Hukum Qada’ Solat Fardu
Untuk makluman semua, mengikut mazhab Syafie, wajib bagi seseorang individu yang meninggalkan solat tanpa keuzuran syarie untuk segera menggantikanya apabila teringat dan tidak boleh dilengah-lengahkan.
Individu berkenaan perlu menggunakan semua waktu yang ada untuk ganti semua solat yang ditinggalkan sehingga selesai daripada melakukan perkara lain termasuklah ibadah-ibadah sunat.
Dalam erti kata lain, perbuatan menggantikan solat fardu itu perlu didahulukan berbanding solat sunat.
Hukum Qada’ Ketika Solat Terawih Berjemaah
Menurut mazhab Syafie, harus seseorang individu mengerjakan solat fardu dan sunat di belakang orang yang solat sunat dan fardu dalam fardu yang lain.
وتصح قدوة المؤدي بالقاضي والمفترض بالمتنفل وفي الظهر بالعصر وبالعكوس
Maksud: Sah mengikut imam orang yang mendirikan solat secara tunai dengan orang yang menqadakan solatnya, dan orang yang solat fardu dengan orang yang mengerjakan solat sunat, dan solat pada waktu zohor dengan mendirikan solat asar dan sebaliknya.
Walaupun terdapat perbezaan niat antara imam mengerjakan solat dan makmum, sah solat jemaah bagi orang yang solat ganti dengan orang yang solat fardu. Begitu juga orang yang solat ganti berimamkan orang yang solat sunat.
Panduan Qada’ Solat Fardu Ketika Solat Terawih
1. Qada’ Solat Subuh: Imam solat sunat terawih dan makmum berniat ganti solat Subuh di belakang.
- Sebelum takbiratul ihram, niat dalam hati untuk qada solat subuh, mengikut Imam.
- Ikut pergerakan Imam dan sekadar membaca qunut yang ringkas buat diri sendiri (boleh bagi makmum berqunut tanpa angkat tangan kerana ia sunat).
- Sertai Imam dalam rakaat kedua dan turut memberi salam bersama Imam.
2. Qada’ Solat Zuhur/ Asar/ Maghrib/ Isyak: Imam solat terawih dan makmum berniat ganti solat fardu di belakang
- Sebelum takbiratul ihram, niat dalam hati untuk qada solat subuh, mengikut Imam.
- Ikut pergerakan Imam seperti biasa.
- Ketika Imam memberi salam di penghujung rakaat kedua, makmum diberi dua pilihan iaitu:
i) Makmum berniat mufaraqah, kemudian bangun untuk selesaikan baki rakaat sendiri.
ii) Makmum duduk dalam keadaan tasyahhud akhir sehingga Imam selesai. Imam beri salam yang kedua dan bangun untuk lakukan solat terawih seterusnya. Makmum ikut bangun tanpa beri salam dan berniat menyertai Imam semula untuk selesaikan baki rakaat dan beri salam bersama Imam di solat seterusnya.
Untuk makluman, kebanyakan ulama lebih menggalakkan qada’ solat fardu Subuh (2 rakaat) kerana ia lebih mudah dan selari dengan Imam melakukan solat sunat terawih.
Semoga bermanfaat!

9 hours ago
9



![[VIDEO] Sebaknya Seorang Ibu… Amyza Tahan Tangis Terima Panggilan Takziah Zahid Hamidi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Feature-Image-2000-x-1240-px-3-1.webp)






![[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-9.webp)


























![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)


![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)







