Bila masuk sahaja musim Ramadan menuju Syawal, memang tak sah kalau tak ada lambakan lagu raya baharu. Tahun ini pun sama, ramai penyanyi berlumba-lumba keluarkan lagu raya untuk meriahkan suasana. Antara yang paling mencuri perhatian sudah tentu Biduanita Negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza dengan lagu terbaharunya Beraya Dengan Saya.
Tapi kali ini, ada pula cerita kecil yang jadi bahan sembang netizen.
Netizen Kritik Lagu Raya Siti?
Biasanya kalau lagu raya daripada Siti keluar, ramai yang terus suka dan ulang dengar. Namun kali ini, ada juga segelintir netizen yang memberi komen kurang senang tentang lagu Beraya Dengan Saya.
VIA TikTok CTDKAntara yang diperkatakan ialah muzik latarnya dikatakan agak bingit dan gaya nyanyian yang dirasakan “terlalu menekan”.
Siap ada yang tinggalkan komen ringkas:
“Maaf, tak sedap kali ini.”
Murai yang baca pun terfikir juga… eh betul ke? Sebab bila MURAI dengar, rasa meriah je. Lagu raya kan memang patut ada vibe riuh-rendah sikit, barulah terasa mood raya tu.
Siti Jawab Dengan Tenang
Yang MURAI tabik, Sititak melatah langsung dengan kritikan tersebut.
Sebaliknya, beliau menjawab dengan cara yang cukup santai.
Menurutnya, mungkin mereka yang mengkritik itu sebenarnya bukan sasaran pendengar untuk lagu tersebut.
“Ohh… awak bukanlah target market saya.”
Haa… jawapan ringkas tapi ada isi. Kadang-kadang dalam muzik memang begitu tak semua lagu sesuai dengan selera semua orang.

Ada Sentuhan Komposer Hebat
Untuk pengetahuan, lagu Beraya Dengan Saya ini bukan calang-calang yang hasilkan.
Ia digubah oleh barisan komposer seperti Iqie Hugh dari Faithful Music dan Omar K dari World Peace Music, selain turut ditulis bersama oleh Siti Nurhaliza sendiri melalui SN Legacy Sdn Bhd.
Muzik Ikut Zaman

Malah dalam ruangan deskripsi lagu tersebut, Siti Nurhaliza turut berkongsi pandangan tentang evolusi muzik.
Menurutnya, muzik boleh berubah mengikut zaman tetapi jiwanya tetap sama.
Beliau juga menegaskan bahawa menerima bunyi baharu bukanlah untuk menggantikan tradisi lama, sebaliknya memperkayakan sejarah muzik yang sudah ada.
Bagi MURAI, dalam dunia seni memang normal kalau ada yang suka dan ada yang kurang gemar. Tapi satu perkara pasti, bila lagu raya daripada Siti keluar, memang susah nak elak daripada jadi topik sembang netizen.
Apa pun, MURAI rasa lagu Beraya Dengan Saya ini tetap ada aura meriah raya. Sekali dengar mungkin biasa, tapi kalau pasang dalam kereta waktu balik kampung… mungkin terus terasa mood raya!

10 hours ago
7



![[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-47.webp)
![[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-1-4.webp)
![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)






![[VIDEO] Anzalna Kongsi Gelagat Eidrees Dengan Sepupunya, Netizen Terhibur!-“Vibe Putera Raja Sangat…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-42.webp)
![[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-41.webp)





















![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)


![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)

![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)






![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)
