Raya tahun ini makin hangat dengan kemunculan penyanyi popular, Shiha Zikir, yang tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Memori Raya. Kali ini, kolaborasinya bukan sekadar muzik semata-mata, tetapi juga sambil membantu masyarakat bersama Giant Malaysia.
“Walaupun keputusan untuk menghasilkan lagu ini dibuat dalam masa yang singkat, saya tetap mahu memastikan semuanya berjalan lancar. Selain untuk diri saya sendiri, saya juga gembira dapat bekerjasama dengan Giant Malaysia dalam menjayakan projek ini,” kata Shiha dengan penuh semangat.

Bagi Shiha, peluang ini lebih daripada sekadar menyanyi. Ia memberi ruang untuk beliau mendekati dan mengenali ramai orang.
“Giant banyak membantu masyarakat, jadi saya berpeluang sertai mereka dalam membantu orang ramai menerusi kempen dan aktiviti yang mereka adakan. Jika tahun lalu kami membantu orang ramai membeli barang-barang dapur, untuk tahun ini pula, nantikan…,” tambahnya, meninggalkan sedikit teaser buat peminat.
Tidak hanya dengan lagu raya, Giant Malaysia turut mengadakan peraduan Beli & Menang yang berlangsung dari 26 Februari hingga 15 April 2026. Pelanggan yang berbelanja minimum RM60 dalam satu resit di mana-mana cawangan Giant berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk bar emas.
Kempen ini juga disokong oleh rakan jenama strategik seperti Uncle Jack, F&N, Kimball, Crunchitos dan Golden Bites, memastikan pelanggan dapat menikmati pelbagai produk pada harga promosi yang lebih menarik. Menariknya, ini bukan kali pertama Shiha Zikir dan Giant berganding bahu. Tahun lalu, mereka berjaya mencuri perhatian ramai dengan lagu Tum Tum Raya. Tahun ini, Memori Raya dijangka mencipta lebih banyak memori indah buat peminat sambil mengekalkan semangat memberi kepada masyarakat.
Dengan gabungan lagu yang meriah dan peraduan menarik, raya 2026 pasti lebih bermakna bukan sahaja untuk peminat Shiha, tetapi juga untuk semua pelanggan Giant yang berpeluang membawa pulang hadiah lumayan.

4 hours ago
3





![[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-10.webp)




























![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)




![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)



![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)
![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)


![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)

