Rasanya ramai yang tahu bahawa penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris, atau mesra disapa sebagai Kak Ani, telah menuai kecaman segelintir individu selepas menyatakan sokongannya terhadap lagu raya nyanyian Shiha Zikir.
Foto – @noraniza_idris (IG)Walau bagaimanapun, kenyataan terbuka Kak Ani yang menerima kritikan hebat ramai itu telah mendapat perhatian Shiha. Memetik kenyataan Shiha daripada mStar, penyanyi itu akui berasa sangat sedihnya apabila Kak Ani dikecam teruk selepas menyokong karyanya.
“Saya sedih apabila Noraniza Idris terima kecaman seperti itu. Pada saya, macam ini ke jadi peminat? Kenapa sanggup komen seperti itu? Saya sangat neutral. Saya rasa dia tidak buat salah. Dia tidak komen terlalu kasar yang ditujukan atau libatkan orang lain.”
Mengakui kenyataan tersebut tidak mengandungi unsur negatif atau mahu memprovokasi mana-mana pihak, Shiha turut menasihati para peminat untuk menjaga kelakuan dan adab terhadap penyanyi lain.
“Bagi saya, dia (Kak Ani) seorang legenda. Jujur saya sangat sedih dan bergenang air mata saya. Terkejut dengan segelintir peminat macam itu. Saya faham ada penyokong yang obses, tapi kena ada batasnya. Sebelum buat apa-apa, kena fikir dahulu. Saya selalu pesan dekat peminat untuk tidak komen toksik kepada penyanyi lain.
Untuk makluman, isu ini bermula selepas Noraniza Idris telah berkongsi pandangannya mengenai lagu raya yang digemarinya. Menyebut nama Shiha, Kak Ani mendedahkan lagu raya nyanyian penyanyi itu mempunyai elemen jiwa Melayu yang kuat dan menepati ciri-ciri lagu raya yang sepatutnya.

4 hours ago
4


![[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-10.webp)































![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)




![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)

![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)


![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)
![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)


![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)

