Pelakon, Shakilla Khoriri mengakui membesarkan anak perempuannya, Ameena bukanlah satu perkara yang mudah, namun dia berusaha untuk membuatkan anaknya itu merasa seronok dalam perjalanannya untuk belajar.
Menerusi hantaran di Instagram, Shakilla yang berkongsi momen hari graduasi Ameena itu turut menyifatkan Ameena sebagai anak yang menyenangkan selain suka membantu orang lain.
“Anyway, 3 tahun yang bukan mudah untuk aku dalam dunia ‘sekolah’ untuk Ameena. Macam-macam yang terjadi sepanjang 3 tahun ni tapi aku tepis, aku telan dan aku cuba hadam untuk buat Ameena rasa seronoknya journey dia belajar dalam suasana yang aman dan seronok explore dalam dunia dia dan kawan-kawan dia.
Menguruskan Ameena sorang bukan senang tapi aku ambil semua sebagai cabaran dan hari ni aku boleh senyum tengok apa dan siapa Ameena hari ni. Anak yang menyenangkan. Ringan tulang dan suka tolong orang walaupun kadang-kadang macam jadi orang suruhan bila masa waktu main dengan kawan yang lain.”-kongsi Shakilla di Instagram
“Umi Bangga Jadi Umi Ameena..”

Berpendapat perjalanan anak perempuannya itu masih panjang, Shakilla turut meluahkan rasa berbangga dapat menjadi ibu kepada Ameena selain menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang menjadi ahli keluarga ‘online’ buat anaknya itu.
“Perjalanan Ameena masih panjang. Umi tak tahu nak rasa apa. Tapi Umi bangga jadi Umi Ameena. Hari ni Umi berjuang bukan sorang tapi ada ramai dekat belakang Umi yang menyokong dan ADA untuk kita. Terima Kasih semua.
Makcik ,Pakcik, Kakak & Abang ONLINE Ameena, Anak korang dah nak masuk tahun 1 next year.
Tinggalkan kata-kata pemujuk supaya Umi tak sebak sangat. Nak bagi tips untuk anak baru masuk tahun 1 pun boleh. Apa-apa lah. Ni kan ‘anak’ kita bersama 😂🤣.”-tulis Shakilla lagi
Sekadar info, Ameena Sofia merupakan hasil perkongsian Shakilla bersama penyampai radio, Fizi Ali yang berkahwin pada 18 Januari 2018 sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada Disember 2021.
Apa komen anda?

1 month ago
58









![[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/snowlim-e1769746851852.webp)





![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)


![[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Screenshot-2026-01-29-at-2.31.55-PM.webp)














![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)









![[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7caa7998-28b3-40ea-85b1-20298604ce5e.jpg)
![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)
