Tindakan sekumpulan individu dipercayai warga asing yang menyidai pakaian di kawasan awam berhampiran lokasi bersejarah di Klang mengundang rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang warganet berkongsi beberapa foto yang memaparkan pakaian disidai di tepi jalan berhampiran Pasar Jawa, Klang, berdekatan Stesen LRT Jambatan Kota. Keadaan itu didakwa menjejaskan pemandangan kawasan yang sering menjadi tumpuan pengunjung.
Menurut individu berkenaan, dia berasa geram melihat situasi tersebut namun memilih untuk tidak bertindak sendiri atas faktor keselamatan.
“Lokasi Pasar Jawa, Klang. Berdekatan LRT Jambatan Kota. Ikut hati memang aku nak campak je tapi aku fikirkan keselamatan sebab sini bersepah warga asing. Nearby dobi yang guna warga asing.
Klang adalah Bandaraya Diraja bawah Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), office majlis pun dekat je sini. Tapi entahlah bersepah warga asing kat sini. Nak bergaduh lebih-lebih kang tak pasal-pasal aku ke dalam, dibuang kerja macam tu sahaja sebab ada rekod. Tapi betullah, orang Malaysia terlalu baik sampai diorang pijak-pijak kita.”
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Ada yang berpendapat isu tersebut sepatutnya ditangani oleh pihak berkuasa tempatan supaya kawasan awam sentiasa bersih dan teratur.
Seorang pengguna turut memberi cadangan agar pakaian yang disidai di kawasan larangan diambil oleh pihak berkuasa sebagai tindakan penguatkuasaan.
“Sebenarnya ini tugas Dewan Perbandaran… suruh pekerja-pekerja dewan bandaran kutip baju-baju tu bawa ke pejabat. Suruh dia ambil kat pejabat, serupa juga macam motor kita kena sita.”
Imej kawasan pelancongan perlu sentiasa dipelihara
Dalam masa sama, ramai meluahkan rasa kecewa memandangkan Malaysia kini sedang giat mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026. Mereka berpendapat imej kawasan pelancongan perlu sentiasa dipelihara kerana ia memberi gambaran pertama kepada pelawat tempatan dan luar negara.
Untuk rekod, Klang merupakan Bandaraya Diraja Selangor yang kaya dengan sejarah serta antara bandar tertua di Malaysia. Kawasan seperti Pasar Jawa dan Kota Lama Klang sering menjadi persinggahan pelancong yang ingin menikmati warisan sejarah, seni bina lama serta budaya tempatan.
Sehubungan itu, ramai berharap semua pihak, termasuk masyarakat setempat, majikan dan pihak berkuasa, dapat memainkan peranan dalam memastikan kebersihan serta imej bandar terus terpelihara agar warisan bersejarah ini kekal menjadi kebanggaan negara.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
3
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary

11 hours ago
6










































![[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-10.webp)









