“Saya Pernah Salahkan Suami Atas Kematian Anak”- Safura Yaacob

2 hours ago 3

Selepas berdepan pelbagai dugaan rumah tangga, penyanyi dan aktres Safura Yaacob meluahkan rasa syukur apabila perkahwinannya bersama aktor Shahronizam Noor masih kekal utuh selama 20 tahun.

Tak menafikan mereka pernah lalui fasa perkahwinan yang sukar dan hampir berpisah, Safura akui rumah tangganya dilindungi hasil doa arwah ibunya dan ibu mentua.

“Dalam rumah tangga ini bahagia itu mahal, tidak dalam setiap rumah tangga itu aman. Semua orang pasti akan ada dugaan masing-masing. Orang mungkin nampak kami lalui rumah tangga selama 20 tahun bersama tapi sebenarnya macam-macam sudah terjadi.”

Foto – @safurashah (IG)

“Kita bukan manusia yang sempurna tapi syukur berkat doa ibu dan ibu mentua kekal sampai hari ini meskipun banyak kesilapan yang kita lakukan. Mungkin dia mengkhianati rumah tangga pada ketika itu sebab saya juga silap sebagai isteri, jadi kita tak boleh terus salahkan suami kita.”

Mengimbau kembali momen pahit dalam hidupnya, Safura berkongsi dia pernah meninggalkan suami selama dua bulan dan pernah menuduh Shahronizam menjadi punca anak mereka, Allahyarham Nur Aisyah Mariam meninggal dunia kerana balasan Allah di atas kesalahannya.

Foto – @safurashah (IG)

“Saya pernah tinggalkan dia dua bulan sebab merajuk. Saya ambil anak-anak saya tapi selepas saya balik anak-anak saya histeria nampak dia (Shahronizam). Jadi saya fikir, saya kena balik sebab saya tak nak mereka hilang kasih sayang seorang ayah.

Saya juga pernah tuduh dia yang menyebabkan kematian anak kami kerana dia mengkhianati rumah tangga ini. Tapi lama-lama saya reda dan faham dia ada dugaan dia, saya pun ada dugaan saya. Dan bila dia lakukan kesilapan saya maafkan dia.”

Untuk rekod, Safura Yaacob dan Shahronizam Noor berkahwin pada tahun 2005 dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Yusoff Firdaus, Zara Nur Aisyah, Ariana Sofia dan Allahyarham Nur Aisyah Mariam.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |