Sajat Titip Ucapan Buat Keluarga & Rakan-“Maaf Kalau Saya Tak Mampu..”

13 hours ago 6

Usahawan sensasi, Sajat menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bertanyakan keadaan kesihatannya akibat batuk kering yang teruk hingga menyebabkan muntah dan sukar untuk bernafas.

Sunyi Apabila Berjauhan Dengan Keluarga

Sajat atau Nur Sajat Kamaruzzaman menerusi hantaran di mengakui dia merasa sunyi apabila jatuh sakit dan berjauhan daripada ahli keluarga. Malah, dia turut menjelaskan bahawa dia tidak bermaksud untuk menagih simpati selain memohon doa orang ramai buat dirinya itu.

“Bila jatuh sakit macam ni, baru rasa betapa sunyinya hidup ni. Jauh dari keluarga, tak ada tangan yang memeluk, tak ada suara yang menenangkan hanya mesin, wayar, dan diri sendiri.

Ada orang doakan kita, tapi ada juga yang sanggup mengutuk walaupun kita terbaring di hospital. Saya bukan minta simpati. Cuma minta satu doa.”-kongsi Sajat di Instagram

Terharu Ramai Bertanya Khabar

Tambah Sajat, dia kini masih berada dalam keadaan lemah, namun terharu apabila ramai yang bertanyakan khabarnya yang kini dirawat di salah sebuah pusat perubatan di Australia.

“Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang hantar mesej tanya khabar. Maaf kalau saya tak mampu balas satu-satu. Badan saya lemah sangat sekarang. Kadang duduk pun rasa nak jatuh. Tapi bila saya baca doa-doa dan kata semangat dari korang, hati saya terus cair. Terima kasih sebab fikirkan saya saats aya paling tak berdaya.

Dan terima kasih paling besar untuk mak ayah dan adik-beradik saya. Walaupun kami jauh, doa mereka tetap sampai kepada saya. Kadang bila saya baring sorang-sorang, saya teringat wajah keluarga saya, terus rasa sebak, terus rasa menangis, sebab hanya Tuhan tahu betapa saya rindu, betapa saya perlukan mereka di sisi.”-tulis Sajat lagi

Sajat sebelum ini berkongsi keadaan kesihatannya yang kurang baik selepas dia mengalami batuk kering, muntah dan kesukaran untuk bernafas selama hampir dua minggu di Australia.

Sama-sama kita doakan agar Sajat cepat sembuh..

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |