Ryzal Ibrahim & Ayda Jebat Bersuara Isu Bawa ‘Stroller’ Dalam ‘Mall’

5 hours ago 7

Baru-baru ini tular isu penggunaan stroller bayi di media sosial selepas salah seorang netizen mempersoalkan sikap ibu bapa yang mahu ‘sound’ orang lain yang mahu menggunakan lif di pusat beli belah.

“Kenapa orang yang bawa stroller dan anak pergi mall sentiasa nak sound mereka yang guna lif? Macam saya nampak je sihat tapi saya ada heels spur dan plantar fasciitis. Lagipun takda orang suruh you bawa anak pergi mall pastu nak entitled lebih.”-tulis seorang netizen di Thread

“Ramai Je Yang Faham Bila Orang Bawa Anak Kecil..”

Isu tersebut mendapat respon oleh pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat menerusi hantaran di Thread, menyatakan bahawa dia tidak pernah menganggap mempunyai anak kecil itu sebagai ‘bonus’ untuk menggunakan lif terlebih dahulu sebelum orang lain.

Kongsi Ayda, dia bersikap positif apabila ada individu yang tidak membenarkannya menggunakan lif dengan awal, dengan menyifatkan mungkin mereka menunggu lif lebih lama daripada dirinya itu.

“Banyaknya keluar topik pasal stroller kat mall, lif untuk anak kecil dan lain-lain. Berdasarkan pengalaman saya, saya tak pernah rasa ‘aku ada anak, dorang mesti bagi aku naik lif’.

Ramai je yang faham bila orang bawa anak kecil, boleh bagi masuk dulu. Tapi ada juga yang tak nak bagi, but kita chill je la. Tak perlu buat muka atau marah. Kan keluar nak seronok-seronok. Mungkin orang tu dah lama sangat tunggu lif tu daripada kita.”-tulis Ayda di Thread

Menyeru Orang Ramai Untuk Bawa Stroller & Tunggu Di Hadapan Lif

Dalam pada itu, pempengaruh terkenal, Ryzal Ibrahim menerusi hantaran di Thread pula memberikan pendapat ‘padu’ dengan menyeru orang ramai untuk ke pusat beli belah dan menunggu di hadapan lif pada hujung minggu ini.

“Weekend ni kita pergi mall bawa stroller masing-masing dan tunggu depan lif.

Untuk parent anak dah besar, bawa je stroller letak la suami ke isteri ke dalam tu, yang takde stroller boleh bawa wheelchair.”-tulis Ryzal di Thread

Apa komen anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |