RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

3 hours ago 5

MURAI perasan sejak kebelakangan ini, ruangan Threads mula dipenuhi dengan luahan pengguna jalan raya yang berkongsi pengalaman sama, RON95 tiba-tiba “hilang” dari beberapa stesen minyak, terutamanya di Shell.

Ada yang benar-benar terkejut sebab ini kali pertama mereka berdepan situasi macam ni.

“Went to Shell Seksyen 1 sebelah UiTM dan Federal Highway untuk isi minyak. Was informed RON95 out of stock. Terperanjat gua. 1st time encounter minyak habis ni. Now nak ke Petronas atau stesen lain. Harap RON95 tak habis,” tulis seorang pengguna.

Bukan satu lokasi saja, malah beberapa kawasan lain turut berkongsi nasib yang sama. Di Putrajaya misalnya, seorang lagi pengguna memberi peringatan awal:

“RON95 kat Shell Presint 16 dah habis, so boleh isi minyak kat tempat lain. Jangan bazirkan lagi minyak tu, terus je cari tempat lain.”

Situasi ini buat ramai mula rasa resah, lebih-lebih lagi bila ada yang mula mempersoalkan sama ada bekalan benar-benar habis atau sebaliknya.

“Anak update Shell depan UPSI RON95 minyak habis. Betul-betul habis atau ada yang sembunyi minyak?” luah seorang lagi pengguna, seolah-olah menyuarakan syak wasangka yang mula timbul dalam kalangan orang ramai.

Namun dalam masa yang sama, kerajaan memberi jaminan bahawa harga dan subsidi masih dikekalkan demi rakyat.

Menurut Kementerian Kewangan, harga RON95 bersubsidi di bawah Program BUDI MADANI (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 April, walaupun harga runcit tanpa subsidi meningkat kepada RM4.27 seliter.

Untuk diesel pula, harga bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter, manakala harga tanpa subsidi di Semenanjung naik kepada RM6.72 seliter.

Malah bermula 1 April, had kelayakan BUDI95 turut diselaraskan sementara kepada 200 liter sebulan, selain pelaksanaan had pengisian diesel bagi membendung ketirisan dan penyeludupan.

Apa yang jelas, walaupun harga masih dikawal, isu bekalan di lapangan mula jadi tanda tanya. Sama ada ia sekadar gangguan sementara atau ada faktor lain di sebaliknya, pengguna kini lebih berjaga-jaga,  siap rancang stesen minyak alternatif sebelum bergerak.

Kalau betul makin banyak stesen kehabisan RON95, ini bukan lagi isu kecil. Harapnya ada penjelasan segera supaya pengguna tak terus tertanya-tanya, sebab bila minyak “hilang”, bukan setakat kereta je tak bergerak, emosi pun boleh sama naik.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |