Rita Rudaini Meluat Lihat Manusia Merokok Di Kedai Makan, Netizen Setuju!

2 hours ago 2

Pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa menyampah terhadap sesetangah individu yang masih merokok di kawasan larangan merokok.

Rita atau nama atau Rita Rudaini Mokhtar menerusi hantaran di Thread, menyatakan bahawa kawasan seperti kedai makan yang sudah jelas mempunyai tanda ‘Dilarang Merokok’, namun individu terlibat hanya ‘membutakan mata’ sahaja tanpa mempunyai ‘common sense’.

“Paling meluat tengok manusia merokok dekat tempat dilarang merokok. Sah-sah kedai makan tu ada tanda ‘no smoking’. ‘Buta mata, buta hati.

Bila kita perati dia, dia nampak kita tengok dia sebab memang meja sebelah je. Muka poyo tak ada common sense. Orang Melayu kita. Orang macam ni dah tahu attitude dia macam mana. Tak pikir orang keliling. Penting diri.”-tulis Rita di Thread

Netizen Setuju!

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa berang terhadap individu yang tidak bertanggungjawab dengan merokok di kedai makan, malah ada yang berpendapat perokok adalah individu yang mementingkan diri sendiri kerana tidak memikirkan orang sekeliling yang turut menghidu asap rokok.

“Paling sakit hati paling benci dengan orang tua selamba badak hisap rokok dalam rumah yang ada budak kecik dalam rumah tu.”

“Samalah. Memang meluat dengan orang merokok. Dia tak tahu kalau kita sedut asap, kita pun sakit. Kandungan asap rokok lagi bahaya sebenarnya. Dulu belajar kita dipanggil perokok pasif sebab hidu bau asap. Sebab tu sekarang husband tak pernah hisap depan saya. Sangat tak suka.”

“Kalau ditegur depa mengamuk pulak, macam mana? Kita ni tak boleh bau rosak rasa, sesak nafas, last-last terpaksa keluar dari kedai makan tu. Tuan kedai pun segan nak tegur.”

“Perokok ni kebanyakannya pentingkan diri dan tak ada common sense. Kat depan sekolah pun boleh merokok sepah-sepah. Dia ingat semua family macam dia ke? Perokok dan vaping. Ramai je yang tak normalised kan rokok dalam family.”

Apa komen anda?.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |