Program Khidmat Komuniti Di KLIA, NESCAFÉ Agih 5000 Tin Minuman Kepada Pekerja

18 hours ago 13

Sempena Hari Pekerja, NESCAFÉ bekerjasama dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebagai rakan “recharge” menerusi inisiatif “Ngopi Dulu, Kekal Bersemangat Bersama”. 

Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan NESCAFÉ dalam menghargai dedikasi dan usaha warga barisan hadapan. Inisiatif  ini ditujukan khas kepada warga kerja lapangan terbang yang memainkan peranan penting  dalam memastikan ketersambungan Malaysia dengan dunia luar kekal lancar. 

Foto -NESCAFÉ

Meneruskan momentum kempen tahun lalu, “Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama”, inisiatif  ini mengukuhkan lagi misi NESCAFÉ untuk meraikan kisah harian rakyat Malaysia. Ia juga merupakan penghormatan terhadap ketahanan, keazaman dan kekuatan bersama yang terus  menjadi inspirasi kepada negara untuk melangkah maju bersama. 

Foto -NESCAFÉ

Sebahagian kempen ini, NESCAFÉ turut merasmikan Bilik Komuniti yang  dinaik taraf di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ruang ini disediakan khas untuk kakitangan MAHB berehat, berinteraksi dan  menyegarkan diri sebelum meneruskan tugas mereka. Kemudahan ini turut dilengkapi dengan mesin layan diri yang menawarkan pelbagai produk NESCAFÉ serta jenama Nestlé lain.

Foto -NESCAFÉ

Sepanjang hari tersebut, NESCAFÉ mengedarkan lebih 5,000 tin minuman kepada warga kerja MAHB, merangkumi pelbagai jenis produk seperti NESCAFÉ Original, 3x Shot, Latte dan  Mocha.

Inisiatif Hari Pekerja bersama MAHB ini merupakan langkah sulung NESCAFÉ sebagai rakan “recharge” kepada kakitangan KLIA.

Lebih banyak inisiatif seperti ini akan diperluaskan di  seluruh lapangan terbang dalam masa terdekat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nescafe.com.my.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |