Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

12 hours ago 6

Kalau sebut nama Julia Rais, generasi 90-an mesti senyum panjang. Dialah antara pelakon paling cantik, elegan dan berkarisma yang pernah muncul di layar TV Malaysia. Tapi bagi Gen Z yang mungkin baru dengar namanya, bayangkan aura soft girl meets royal class. Macam itulah pesona Julia Rais suatu ketika dulu.

Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 19 Februari 1971, Julia berdarah Melayu-Inggeris. Ayahnya, Abdul Rais Yeop, merupakan ahli perniagaan terkenal dan bekas ahli lembaga pengarah Sri Jaya Vehicles, manakala ibunya berbangsa Inggeris.

Beliau dibesarkan di Damansara Jaya dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan tokoh-tokoh terkenal antaranya Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (sepupu) dan pelakon Juliana Ibrahim (sepupu tiri).

@vexz.999

Baju merah bapak marah #fyp #juliarais

♬ Sleepwalker x Icewhore – Ben Affleck

Julia mula mencipta nama lewat 80-an dan awal 90-an menerusi filem dan drama seperti Hati Bukan Kristal dan Mira Edora. Antara pelakon yang pernah bergandingan dengannya termasuk Eman Manan, Mustapha Kamal, dan Faizal Hussein, nama-nama besar yang membentuk era kegemilangan TV Malaysia.

Selain berlakon, Julia juga wajah kesayangan syarikat iklan. Antara komersial popular yang pernah dibintanginya termasuk Rejoice Shampoo, Salem Cigarettes, dan Nestlé Coffee-mate (1990).

YouTube video

Dan yang paling diingati sudah tentu kemunculannya dalam muzik video “Isabella” nyanyian Amy Search ,  lagu cinta paling ikonik dalam sejarah rock Malaysia. Wajah lembut Julia dalam MV itu meninggalkan kesan yang kekal sampai hari ini.

YouTube video

Cinta & Kehidupan Peribadi

Di puncak populariti, Julia membuat keputusan mengejutkan, meninggalkan dunia hiburan dan memilih kehidupan peribadi. Tak lama kemudian, muncul dakwaan bahawa beliau telah berkahwin dengan seorang kerabat diraja Pahang.

Namun seperti biasa, Julia kekal dengan sikapnya yang tertutup. Tiada kenyataan terbuka, tiada publisiti. Sejak itu beliau dikatakan berpindah ke United Kingdom, menjalani kehidupan tenang bersama anak-anak.

Sehingga kini, status perkahwinan Julia Rais masih menjadi tanda tanya. Ada yang percaya mereka telah berpisah secara baik, ada pula yang yakin hubungan mereka kekal dalam suasana penuh hormat. Apa pun kisahnya, Julia tetap dikenang sebagai wanita yang menjaga maruah dan peribadinya dengan penuh berhemah.

Cerita Dari Peminat

Walaupun sudah lama menyepi, kisah tentang Julia Rais tetap muncul sesekali di media sosial.

“Teringat tahun 1995, nampak JR dengan dua anak dia kat Bangsar Shopping Centre. Pakai dress sepasang. Fokus kat mak dia je.”

Seorang lagi peminat membalas,

“Betul lah tu, Tengku Iman dan Tengku Illisya sebab Tengku Illyana lahir 1997.”

Dan satu lagi komen yang menyentuh hati,

“Tak tau bercerai ke tak… Hilang. Kita assume berpisah untuk ketidaksefahaman. Tapi permaisuri baik, boleh pelihara anak-anak JR dengan penuh kasih sayang.”

Walaupun sudah puluhan tahun berlalu, nama Julia Rais masih segar di bibir mereka yang pernah membesar menonton lakonannya. Dia tidak pernah kembali ke dunia seni, namun auranya tetap hidup. Dalam dunia hiburan yang cepat berubah, Julia Rais kekal sebagai simbol kecantikan dan keanggunan sejati,  seorang legenda yang memilih untuk bersinar dalam diam.

Kadang-kadang, bintang paling bersinar ialah yang memilih untuk menjauh dari cahaya.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |