Beberapa hari ini, nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah hangat diperkatakan susulan berita pertunangan mereka yang berlangsung dalam sebuah majlis eksklusif, petang semalam. Ramai yang tumpang gembira melihat hubungan dua figura ini akhirnya sampai ke fasa lebih serius.
Namun di sebalik kemanisan berita itu, satu perkongsian lama YB Saddiq di media sosial kembali mencuri perhatian netizen. Siapa sangka, tweet yang dimuat naik pada tahun 2017 kembali tular dan mengundang pelbagai reaksi, termasuk yang berseloroh mengatakan “YB dah lama aim”.
Video -@syedsaddiq (IG/ Threads)Untuk recap, sekitar tahun 2017 dahulu, industri hiburan tempatan kecoh dengan kontroversi melibatkan bekas suami Bella, Aliff Aziz yang dikaitkan dengan Afifah Nasir. Isu tersebut menjadi bualan hangat ramai termasuklah Saddiq sendiri.
Menerusi ciapan di Twitter (kini dikenali sebagai X), beliau menulis:
“As a debater, you have to read about everything to keep up to date, so I shall painstakingly read about Alif, Afifah and Bella drama.”
Ciapan santai itu pada waktu tersebut mungkin sekadar reaksi seorang pemerhati isu semasa. Tetapi hari ini, dalam konteks hubungan beliau bersama Bella, ia bertukar menjadi bahan gurauan netizen.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berseloroh dengan menyatakan, “Wah YB dah lama aim,” seolah-olah mengaitkan kenyataan lama itu dengan kisah cinta yang sedang mekar sekarang.
Hakikatnya, siapa kita untuk meneka perjalanan hidup seseorang? Jodoh, pertemuan dan masa depan semuanya rahsia yang tidak terjangka. Apa yang berlaku hari ini mungkin langsung tidak terlintas di fikiran kita bertahun-tahun dahulu.
Tinjauan MURAI juga mendapati, pada tahun 2017 itu, Saddiq masih belum bergelar Ahli Parlimen Muar. Ketika itu, beliau sedang aktif dalam dunia perdebatan dan politik anak muda.
Malah, beliau pernah dikaitkan dengan peluang melanjutkan pelajaran ke University of Oxford di England, namun memilih untuk terus aktif dalam bidang politik. Setahun kemudian, beliau mencipta sejarah apabila dipilih sebagai Ahli Parlimen Muar pada usia 25 tahun.
Apa pun, kisah ini sekadar mengingatkan kita bahawa hidup ini penuh kejutan. Dari sekadar membaca “drama” orang lain, kini beliau sendiri menjadi sebahagian daripada kisah yang mendapat perhatian ramai. Begitulah aturan hidup, kadang-kadang skripnya lebih menarik daripada yang kita jangka.

2 hours ago
4







![[VIDEO] Gelagat Remy Ishak Salam Raya Ibu Undang Gelak Tawa- “Menekan-Nekan Minta Maaf Tu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-28.webp)






![[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/KV_Samsung-Mobile-Galaxy-S26-Series-New-Bach-and-Handel-Classical-Ringtones_dl1-scaled.webp)























![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)
![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)


![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)


![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)




