Paling Mudah & Ringkas, Ini Cara Solat Sunat Witir (3 Rakaat 2 Salam)

8 hours ago 5

Bila bercakap soal solat sunat witir, MURAI yakin ramai yang akan kaitkan solat sunat ini dengan solat terawih semasa bulan Ramadan kan? Namun adakah kamu tahu solat sunat witir ini bukan sahaja dilakukan ketika bulan Ramadan, tetapi juga di waktu-waktu malam lain selain bulan puasa.

Untuk makluman semua, waktu mengerjakan solat sunat witir adalah sepanjang malam, iaitu selepas menunaikan solat Isyak sehinggalah sebelum waktu solat Subuh.

Dan kebiasaannya, penganut agama Islam di Malaysia melakukan sunat witir sebanyak 3 rakaat sahaja. Dalam entri ini, MURAI akan kongsikan panduan solat sunat witir yang ringkas dan mudah difahami.

Hukum Solat Witir 

Solat witir adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang dituntut dalam Islam.

“Sabda Rasullulah S.A.W., “Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu Witir (Maha Esa) dan suka sekali kepada Witir”, (Hadis riwayat Ahmad).

Berapa Sebenarnya Bilangan Rakaat?

Solat witir perlu dikerjakan dalam bilangan rakaat yang ganjil seperti satu, tiga, lima, tujuh, sembilan atau sebelas rakaat.  Tetapi yang paling afdhal ialah 11 rakaat, paling minimum adalah satu rakaan dan paling digalakkan adalah 3 rakaat dengan 2 salam.

Panduan Solat Witir

1. Bacaan lafaz niat

  • Lafaz niat witir 2 rakaat:

أُصَلِّى سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

(Usolli Sunnatal Witrin rakaatan Lillahi Ta’ala)

Maksud: Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat (makmum / mengikut imam) kerana Allah Taala.

  • Lafaz niat witir 1 rakaat:

أُصَلِّى سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

(Usolli Sunnatal Witrin rakaatani Lillahi Ta’ala)

Maksud: Sahaja aku sembahyang sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala.

2. Rakaat pertama: 

  • Niat solat witir 2 rakaat
  • Takbiratul ihram
  • Baca surah Al-Fatihah
  • Baca surah Al-A’la
  • Rukuk
  • Iktidal
  • Sujud pertama
  • Duduk antara dua sujud
  • Sujud kedua
  • Berdiri untuk rakaat kedua

3. Rakaat kedua:

  • Baca surah Al-Fatihah
  • Baca surah Al-Kafirun
  • Rukuk
  • Iktidal
  • Sujud pertama
  • Duduk antara dua sujud
  • Sujud kedua
  • Tahiyat akhir
  • Beri salam

4. Rakaat ketiga:

  • Niat solat witir 1 rakaat
  • Takbiratul ihram
  • Baca surah Al-Fatihah
  • Baca surah Al-Ikhlas
  • Rukuk
  • Iktidal
  • Sujud pertama
  • Duduk antara dua sujud
  • Sujud kedua
  • Tahiyat akhir
  • Beri salam

5. Wirid & zikir selepas solat sunat: 

  • Baca “Subhanal Malikil Quddus” (3 kali)
  • Baca “Rabbil Malaa’ikati War-ruh” (3 kali)
  • Baca surah Al-Fatihah
  • Istigfar (3 kali)
  • Baca “Alhamdulullah”
  • Baca “Lā Ilāha Illallāh”
  • Baca “Allahu Akbar”

6. Doa solat witir: 

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَأَعُوذُ بِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ مِنْكَ لَا أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

(Allāhumma innī a‘ūdzu biriḍāka min sakhaṭika, wa bimu‘āfātika min ‘uqūbatika, wa a‘ūdzu bika minka. Lā uḥṣī tsanā’an ‘alaika, anta kamā athnaita ‘alā nafsik.)

Maksud: Ya Allah. Sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, aku berlindung dengan kemaafanMu daripada BalasanMu, dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu.

Penting untuk kamu tahu, jika berniat untuk mengerjakan solat selepas melakukan solat witir, ia dibolehkan tetapi tidak boleh mengulangi lagi solat witir. Semoga bermanfaat!

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |