Ketua Barisan Nasional (UMNO) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Likas selepas solat Jumaat hari ini.
Untuk makluman semua, Bung Moktar meninggal dunia pada usia 66 tahun pada 1.46 pagi (Jumaat), meninggalkan dua isteri iaitu Datin Seri Nor Asidah Alimuddin dan Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad serta tujuh orang anak.
Memetik kenyataan Setiausaha UMNO, Datuk Jafry Ariffin mengesahkan bahawa Bung Moktar mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-parunya.
Pemergian Datuk Seri Bung Moktar membuatkan ramai sebak, apabila ada segelintirnya memikirkan anak-anak beliau masih kecil lagi. Di TikTok, tular beberapa video lama antara Bung dan anak-anak, hasil perkahwinan dengan Zizie.
@attowagmypz😔#bungmoktar #fyp #bungmoktarmeninggal #zizieizette #alfatihah
♬ Sampai Menutup Mata Piano – DNP
Video tersebut telah meraih pelbagai reaksi, termasuklah apabila ada yang meluahkan rasa sedih memikirkan nasib anak-anaknya yang masih kecil itu.
“Tiba-tiba aku menangis, penyayang dengan anak. Sebab tu penting record video ambil gambar sebanyak mungkin sebagai kenangan. Salam takziah.”
“Tengok dari video ni, aku percaya arwah seorang suami dan bapa yang baik.”
“Zizie loves Bung so much. And I believe Bung is a good husband and father to his family. Aku nangis sebab teringatkan anak-anak yang masih kecil. Salam takziah Zizie.”
@attowagmypz🥺 #bungmoktar #fyp #zizieizette #bungmoktarmeninggal #alfatihah
♬ Belum Siap Kehilangan – Arnas19✨
Melihatkan sikapnya sebagai bapa yang penyayang dan rajin melayan karenah anak-anaknya membuatkan ramai yang dapat rasakan selepas ini mereka akan rasa kehilangannya.
@attowagmypzInnalillah wainnalillahi rojiun… 😭 #bungmoktar #fyp #zizieizette #bungmoktarmeninggal #alfatihah
♬ Kamu dan Kenangan – Original Soundtrack Habibie & Ainun 3 – Maudy Ayunda
Bukan itu sahaja, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka bertemu dan menyapa Datuk Seri Bung Moktar. Berdasarkan pembacaan di bahagian komen, segelintir pengguna media sosial menyifatkan Bung sebagai seorang individu yang tidak sombong dan sangat peramah.
“Secara personal, arwah dan Datin Zizie sangat baik. Berapa lama dulu, saya pernah serve dorang berapa kali di satu tempat tu, dorang tak sombong. Dorang tak pakai title dorang tu. Dorang mesra dengan kami yang staff ni. Jangan la menilai seseorang tu melalui video-video yang tersebar selama ni. Di luar dunia politik, saya sangat idol dan respect arwah.”
Salam takziah daripada MURAI untuk seluruh keluarga Datuk Seri Bung Moktar. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

1 month ago
58









![[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/snowlim-e1769746851852.webp)





![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)


![[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Screenshot-2026-01-29-at-2.31.55-PM.webp)














![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)









![[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7caa7998-28b3-40ea-85b1-20298604ce5e.jpg)
![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)
