Netizen ‘Geram’ Marissa Tak Ambil Iktibar Dari Perkahwinan Ibu, Ini Respons Abby Abadi

8 hours ago 7

Nama pelakon Abby Abadi tidak lekang daripada mulut warganet selepas meluahkan perasaan di platform Threads semalam. Menerusi komennya yang ditinggalkan di sebuah hantaran, Abby menggambarkan realiti seorang ibu yang lebih memilih untuk merahsiakan keperitan hidupnya daripada anak sendiri.

Berdasarkan pembacaan MURAI, seorang pengguna Threads (@atique_e) telah membuat hantaran, mempersoalkan tindakan pempengaruh Marissa Dania Hakim, seolah-olah tidak mengambil tindakan daripada kisah perkahwinan ibunya, Abby, dahulu.

“Anak (Marissa) yang pernah nampak jatuh bangun maknya (Abby) dalam perkahwinan. Kenapa buat perkara yang sama? Bukan seorang dua begini. Ada banyak contoh dalam masyarakat pun seolah dah tahu, tapi tetap buat?”

Membalas hantaran tersebut, Abby mendedahkan Marissa tidak dapat mengambil iktibar daripada perkahwinannya, mungkin disebabkan dia tidak pernah menunjukkan keperitan kehidupan perkahwinannya sebelum ini.

“Dia (Marissa) tak nampak dan saya pun tak pernah bercerita. Dia lalui yang indah-indah, dan ada je makan minum, tempat tinggal yang selesa. Sebab tu dia tak ambil pengajaran pun sebab dia memang tak pernah tahu Mamanya ni lalui kehidupan macam mana.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial boleh kaitkan kisah kehidupan mereka dengan kisah Abby Abadi. Malah pada masa yang sama, ada juga yang mengecam tindakan Marissa yang tidak mengambil iktibar daripada perbuatannya sebelum ini.

“Mustahil dia (Marissa) tak nampak family dia broken. Bapak kahwin lain, mak dia struggle sorang-sorang besarkan dia dan adik-beradik. Mana boleh tak nampak. Takkan dia tak nampak kacau-bilau bila bapak tak duduk dalam 1 bumbung dengan mak dan anak-anak? Takkan dah cerau bapak balik tido kat rumah dan satu bilik dengan mak dia? Mustahil la kan? Even mak tak cerita tapi situasi menunjukkan yang mak ayah dia tak duduk dalam satu bumbung. Anak-anak ni kita tak perlu bercerita sebab anak-anak lebih banyak memerhati. Indah tang mananya kalau ayah duduk kat lain sepanjang dia membesar.”

Untuk rekod, Ahmad Aslam dan Marissa Dania Hakim telah bercerai sebanyak dua kali di luar mahkamah, pada September 2024 dan April 2025. Pasangan ini difahamkan telah rujuk kembali pada bulan yang sama bagi setiap lafaz dan kini sedang melalui proses pengesahan lafaz dan rujuk di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |