Berita ini mungkin nampak “biasa” bagi sesetengah orang, tapi bagi ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan mak ayah, ia sebenarnya cukup terasa. Selepas hampir tiga dekad, pengumuman bahawa siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan dihentikan di platform Astro Malaysia Holdings bermula 1 Julai 2026 benar-benar mengundang pelbagai reaksi… dan kebanyakannya sayu bercampur kecewa.
“Bayar mahal-mahal, tapi mak tengok RTM je…”
Luahan seorang pengguna ini antara yang paling relatable:
“hahaha..naya aku mcm ni..byr astro bulan2 mahal utk mak aku tgk tv….tp biasanya dia bukak chanel rtm kat astro tu..korang rasa??? hahahaha”
Bunyi macam kelakar, tapi hakikatnya ramai anak-anak di luar sana bayar langganan Astro semata-mata untuk hiburkan ibu bapa di rumah. Dan ironinya, channel paling kerap dibuka bukan pun channel premium, tapi TV1, TV2 dan Okey.
Bila saluran ini ditarik keluar, ramai mula persoal berbaloi lagi ke teruskan langganan?
Nostalgia hampir 30 tahun “hilang sekelip mata”
RTM bukan sekadar saluran TV biasa. Ia adalah teman setia dari zaman antena, ke siaran satelit, sampailah ke era digital.
Daripada berita utama, rancangan klasik, sukan tempatan sampai siaran keagamaan—semuanya ada nilai sentimental tersendiri. Bila diumumkan ia tak lagi tersedia di Astro, rasa macam satu “era” ditutup tanpa sempat bersedia.
Lebih-lebih lagi bagi warga emas yang dah terbiasa tekan remote Astro untuk terus ke channel RTM perubahan ini bukan sesuatu yang kecil.
Ada solusi… tapi tak semua mudah terima
Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang cuba bagi jalan alternatif:
“Kalau smart tv skg. Mmg dah ada built in MyTV (DVB-T2) turner. Aku beli antenna kt tiktok harga RM16 hengget je. Terus dpt tgk siaran percuma… no need astro.”
Secara logiknya, memang betul. Dengan TV moden dan antena murah, siaran percuma RTM masih boleh diakses tanpa bayaran.
Tambahan pula sekarang ramai dah beralih ke platform seperti Netflix dan HBO Max untuk hiburan harian.
Tapi realitinya… tak semua golongan, terutamanya warga emas, mudah nak adapt dengan teknologi baru. Bagi mereka, Astro itu dah cukup senang—tekan dan terus tengok.
Perubahan zaman yang tak semua bersedia
Hakikatnya, keputusan ini mungkin masuk akal dari sudut kos dan perubahan tabiat penonton. Dunia dah berubah orang muda pun dah jarang buka TV tradisional.
Tapi dalam perubahan itu, ada satu kelompok yang mungkin “tertinggal” mereka yang setia dengan cara lama.
Dan mungkin itu yang buat ramai rasa sedih.
Bukan sekadar kehilangan saluran TV…
tapi hilangnya satu rutin harian yang dah sebati sejak bertahun-tahun.

3 hours ago
3















![[VIDEO] Zul Ariffin ‘Disindir’ Penasihat Kesihatan Selepas Dilihat Sedang Merokok?-“Tahniah..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/88498868-7975-464f-a0b1-5e3e93542fda.webp)


























![[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4dd9619a-ce63-4f27-bdd8-9e0339205594.webp)






![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)


