Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar, McDonald’s Malaysia tampil dengan satu langkah proaktif menerusi pelancaran Program Santun Pelajar.
Inisiatif ini dilihat sebagai komitmen jangka panjang syarikat dalam menyokong pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), khususnya daripada golongan kurang berkemampuan yang berdepan tekanan kewangan.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar, berkata program itu sebahagian daripada usaha berterusan syarikat dalam menyantuni komuniti, terutama belia yang sedang menempuh cabaran kewangan.
“Kami mahu mengurangkan beban kehidupan pelajar. Mungkin tidak boleh merangkumi semua yang memerlukan, tetapi insya-Allah ia dapat meringankan beban mereka yang mampu kita bantu.
“Dengan program ini juga kita berharap agar pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian tanpa dibelenggu keperluan asas seperti makanan,” katanya dalam Majlis pelancaran yang berlangsung di restoran Pandu-Lalu McDonald’s Titiwangsa.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir JaafarRM5 Juta Diperuntukkan, 1 Juta Hidangan Disasarkan
Program Santun Pelajar dimulakan dengan pelaburan kira-kira RM5 juta dan menyasarkan penyediaan satu juta hidangan kepada pelajar IPT di seluruh negara menjelang akhir tahun 2026.
Langkah ini hadir susulan laporan Nutrition Society of Malaysia yang mendedahkan lebih 60 peratus pelajar di beberapa universiti awam berdepan isu ketidakjaminan makanan, satu realiti yang tidak boleh dipandang ringan.
Melalui program ini, McDonald’s Malaysia bukan sahaja menyumbang makanan, malah memperkukuh ekosistem pembangunan belia sedia ada termasuk Akademi Vokasional McDonald’s dan program ijazah bersama universiti tempatan.
50,000 Hidangan Nasi Mekdi Sepanjang Ramadan
Sebagai permulaan sempena Ramadan, sebanyak 50,000 hidangan Nasi Mekdi akan diagihkan kepada pelajar di 20 IPT terpilih merentasi 11 negeri bermula 19 Februari hingga 10 Mac 2026.
Setiap set Nasi Mekdi mengandungi:
- Nasi putih
- Kuah kari kentang
- Ayam Tenders McD (pedas)
- Telur
- Minuman teh ais limau.
Penebusan baucar ditetapkan dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam bagi mengelakkan kesesakan waktu puncak berbuka puasa.
@mppuumofficial[MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SANTUN PELAJAR TAHUN 2026] Wakil Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) telah memenuhi jemputan ke Majlis Pelancaran Sumbangan Nasi Mekdi Pelajar B40 Institusi Pengajian Tinggi Bagi Tahun 2026 yang bertempat di McDonald’s Titiwangsa, Kuala Lumpur. MPP UUM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak McDonald’s Malaysia, khususnya YBhg. Dato’ Haji Azmir Bin Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, atas inisiatif murni ini. Sumbangan ini bukan sekadar juadah, tetapi satu tanda sokongan korporat yang amat bermakna buat kesejahteraan mahasiswa, terutamanya golongan B40 di IPT. MPP UUM sentiasa menyokong usaha kolaboratif sebegini yang memberi manfaat terus kepada kebajikan pelajar. Semoga kerjasama antara institusi korporat dan IPT dapat diteruskan demi kebaikan bersama. Terima Kasih Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2025/2026 #MPPUUM2026 #UUMKITABERSAMA @McDonald’s Malaysia
♬ original sound – user26712472416
Mengulas lanjut mengenai pemilihan menu, beliau berkata sajian Nasi Mekdi dipilih kerana nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia.
“Ia juga kesinambungan kepada tradisi menu lokal McDonald’s seperti Nasi Lemak McD, dengan menyediakan satu sajian yang mengenyangkan dan menepati cita rasa rakyat Malaysia, Nasi Mekdi adalah hidangan praktikal dan bermakna,” katanya.
Bagi Murai langkah ini ialah satu contoh bagaimana sektor korporat boleh memainkan peranan lebih luas dalam menyokong komuniti, khususnya golongan belia yang bakal menjadi pemacu masa depan negara.
Semoga lebih banyak pihak tampil bersama-sama berganding bahu, kerana kadangkala satu hidangan yang mengenyangkan mampu menjadi suntikan semangat luar biasa buat mereka yang memerlukan.

12 hours ago
8


![[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-1.webp)



![[VIDEO] Diyana Halik Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aaron Aziz Yang Ke-50](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-1-1.webp)

![[VIDEO] Aida Aris Buat ‘Live’ Di Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Undang Teguran Netizen!-“Tolong Hormat…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px.webp)
![[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/5x.webp)
![[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/e02547d2-a290-4f51-8ee9-0ef4d7eaf99f.webp)

























![[VIDEO] “Amik Je Lah Sisa Mak”- Bekas Isteri Atlet Paralimpik, Suffi Sofea Dituduh ‘Insecure’, MYDIN Selit Komen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Screenshot-2025-11-26-at-5.58.50-PM.png)

![[VIDEO] Isteri Fazziq Muqris Dipuji Peminat-“Cantiknya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2296.jpeg)
![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)





![[VIDEO] Cik Lan Terjatuh Ketika ‘Perform’ Di Hadapan DSV & Kacak, Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/58eca1d6-3dfd-41da-8b6f-1b4d3275f4c1.jpg)



