“Nampak Macam Abang Muda, Rupanya 59 Tahun”- Rahsia ‘Atuk’ Ini Buat Ramai Terkejut

11 hours ago 8

Kalau MURAI tak tengok sendiri, memang susah nak percaya. Siapa sangka lelaki berusia 59 tahun ini masih nampak seperti model awal 30-an? Itulah dia Chuando Tan, jejaka dari Singapura yang sekali pandang buat ramai tertanya-tanya… “Seriuslah ni umur sebenar?”

MURAI akui, bila gambar-gambarnya tular di media sosial, ramai yang ingat itu foto lama. Rupa-rupanya tidak. Itu memang wajah terkini Chuando, kulit tegang, badan sasa, gaya pula masih relevan dengan dunia fesyen masa kini.

Tapi bagi MURAI, tak ada yang datang bergolek. Di sebalik wajah awet muda itu, ada disiplin yang bukan biasa-biasa.

Chuando sendiri berkongsi, rahsianya bukanlah rawatan pelik atau prosedur mahal. Dia hanya konsisten dengan rutin harian, jaga pemakanan, rajin bersenam dan tidak culas dengan penjagaan kulit.

Setiap pagi, dia mulakan hari dengan sarapan yang padat nutrisi. Sama ada protein shake atau oat bersama telur, madu dan avokado. Tengah hari dan malam pula lebih sederhana, ayam atau ikan yang dikukus atau dibakar, dimakan bersama nasi dalam sup. Ringkas, tapi seimbang.

Bab senaman? Jangan dibuat main. Kata Chuando, konsepnya mudah sahaj,  aktiviti harian mesti seimbang dengan kalori yang dibakar. Dan jumlah makanan yang diambil pula mesti sama dengan kalori yang dimasukkan ke dalam badan. Mudah disebut, tapi MURAI tahu… nak konsisten itu yang mencabar.

Bagi MURAI, kisah Chuando ini bukan sekadar tentang nampak muda. Ia tentang gaya hidup, tentang pilihan yang dibuat setiap hari. Umur mungkin bertambah, tapi kalau disiplin dijaga, hasilnya memang boleh buat orang terdiam.

Dan yang pasti, selepas ini jangan terkejut kalau ada yang mula simpan azam baru lepas tengok kisah lelaki 59 tahun ini.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |