Nak Kurangkan Rasa Dahaga Ketika Puasa? Wajib Amal Tip Ini Selepas Sahur

10 hours ago 6

Ramai yang sedia maklum bahawa umat Islam perlu menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa. Tetapi apabila cuaca menjadi sangat panas dan kering ketika berpuasa, ia boleh membuatkan seseorang individu itu mengalami dehidrasi serta kehausan yang berpanjangan.

Bayangkan bila tekak terasa haus, badan kita secara automatik menjadi lebih lesu dan tidak bertenaga sehingga tidak dapat melakukan sebarang aktiviti sepanjang berpuasa.

Namun, ada satu tip yang boleh kamu amalkan untuk kurangkan rasa dahaga ketika berpuasa. Nak tahu apa tip tersebut?

Tip Kurangkan Rasa Dahaga Ketika Berpuasa  

Dalam agama Islam, terdapat satu cara yang boleh kita amalkan untuk mengurangkan rasa dahaga ketika berpuasa. Apa yang MURAI faham, tip ini perlu dilakukan sebaik sahaja kita habis bersahur.

Berdasarkan perkongsian di TikTok, umat Islam boleh amalkan surah Al-Kautsar sebagai ikthiar kita untuk mengurangkan dahaga di waktu siang hari.

@rh.nur_14

Assalamualaikum.. petua dlm Islam..bagi mengurangkan rasa dahaga di bulan puasa…baca surah Al-Kautsar 108. #sekedarperkongsian #semogabermanfaat #surahalkautsar #salamramadhan #selamatberpuasa

♬ Surah Al Kautsar – Salim Bahanan

  1. Ambil segelas air kosong dan minum seteguk.
  2. Kemudian baca surah Al-Kautsar sebanyak tujuh kali.
  3. Selepas selesai, minum sebanyak tiga teguk dan berhenti.

Selain dibaca ke dalam minuman, kamu juga boleh baca surah ini dan gosokkan bahagian leher samb

Surah Al-Kautsar

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيْمِ

اِنَّآ اَعْطَيْنٰكَ الْكَوْثَرَۗ ۝١ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْۗ ۝٢ اِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْاَبْتَرُࣖ ۝٣

[Innâ a‘thainâkal-kautsar. Fa shalli lirabbika wan-ḫar. Inna syâni’aka huwal-abtar]

Maksud: Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Kelebihan Surah Al-Kautsar: 

  1. Melindungi diri daripada kejahatan dan musuh
  2. Menjauhkan diri daripada belengu kemiskinan
  3. Dapat meningkatkan daya ingatan
  4. Membantu mempercepatkan jodoh
  5. Mampu membawa kesenangan dan kekayaan
  6. Melindungi diri daripada penyakit
  7. Dapat memenuhi segala hajat/ keinginan jika dibaca sebanyak 1000 kali

Dengan izin Allah S.W.T, berkat mengamalkan surah Al-Kautsar, inshaAllah kita dapat mengurangkan rasa dahaga ketika berpuasa. Semoga bermanfaat!

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |