Pelakon, Nabila Huda menitipkan ucapan istimewa di media sosial sempena hari lahirnya yang ke-41 pada 2 Disember, hari ini.
Nabila atau Nabila Huda binti Suhaimi menerusi hantaran di Instagram, dilihat memuatnaik beberapa keping dirinya itu menyifatkan hidup ini terlalu singkat untuk bertahan dengan perkara yang membuatkan hati terasa berat, selain mengecilkan ‘circle’ kerana tak semua orang yang kita sayang, sebenarnya milik kita.
“Anda tahu apa yang saya sedar apabila saya semakin dewasa? Hidup ini terlalu singkat untuk bertahan dengan perkara yang membuatkan hati saya terasa berat. Kecilkan circle anda sebab tak semua orang yang kita sayang, sebenarnya milik kita.
Ada yang datang sebagai rahmat, ada yang datang sebagai pengajaran. Apa yang tak perlu, kita lepaskan. Dan saya telah belajar untuk mempercayai bahawa jika kita tidak ditakdirkan untuk bahagia bersama dalam hidup ini, mungkin di kehidupan lain akan dapat versi yang lebih indah.”-tulis Nabila di Instagram
Tidak Akan Berhenti Mengejar Impian

Dalam pada itu, Nabila menyatakan bahawa cintanya terhadap karier lakonan akan terus kekal selama-lamanya selain akan terus mencuba lebih banyak watak dan belajar sehingga akhir hayatnya.
“Tapi apa yang pasti, cinta saya terhadap karier saya akan kekal selamanya. Saya mahu terokai pengalaman, terokai lebih banyak watak, belajar lebih banyak sampai akhir hayat saya.
To travel more, untuk melihat dunia dengan mata saya sendiri dan tak akan pernah berhenti untuk mengejar impian saya tidak mengira berapa usia saya. Hari ini, saya pilih ketenangan. Saya pilih kebahagiaan. Dan lebih penting, saya pilih saya. Happy 41 to myself.”-tulis Nabila lagi
Sekadar info, Nabila mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Mohd Izwan Johar pada 25 Disember 2015.
Nabila sebelum itu pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani pada 2008 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada 2011. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Kesha Laila.

5 days ago
13









![[VIDEO] Gelagat Amayan, Aliff Syukri & Bella Di Iklan Shopee Buat Ramai Berdekah- “Berhambur Air Liur”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/5-2.jpg)




















![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)



![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)




![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


![[VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/45f04852-5a32-4dd3-ba17-c169d90e51c7.jpg)

![[VIDEO] Fazura Menangis Lihat Busana Dengan Potret Arwah Bapa, Netizen Sebak!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/0404C60C-26D5-49A4-A2D6-DE39DB774D4C.jpeg)

![[VIDEO] “Sejujurnya, Saya Manusia Paling Malas Untuk Pergi Event Fashion Show”-Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-31.jpg)


