Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Syria Malaysia yang juga salah seorang aktivis Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla iaitu Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman menjelaskan bahawa mereka tidak pernah menganggap diri sebagai ‘hero’ ketika setelah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, malam tadi.
Kongsi Musa menerusi hantaran di Thread menyatakan bahawa para sukarelawan turut dinasihati oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri untuk sentiasa menjaga hati dan sentiasa beristighfar kerana semua ini hanya mengenai rakyat Gaza.
“Terima kasih kepada yang hadir. Juga kepada yang menonton secara live. Dan yang terus menerus menyokong. Ini semua untuk Gaza.
Kami tak pernah anggap kami hero. Malah, Tuan Nadir berulang kali sebut sebaik kami keluar dari kapal terbang, ‘Istighfar banyak-banyak, jaga hati. Ini bukan pasal kita. Ini tentang mereka di Gaza’.”-kongsi Musa Nuwayri di Thread

Titip Doa Buat Rakan Seperjuangan Yang Dipintas Penjajah
Dalam pada itu, Musa Nuwayri turut menyeru orang ramai untuk sama-sama berhimpun untuk Gaza selain tidak lupa mendoakan rakan-rakan seperjuangan yang dipintas ‘Israhell’ agar dilindungi Allah SWT.
“Malam ini kita jumpa di Axiata. Kita berhimpun untuk Gaza. Dan jangan lupa doakan kawan-kawan kita yang baru dipintas penjajah dilindungi Allah.”-tulis Musa lagi
Untuk info, suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 malam tadi bertukar pilu dengan tangisan kesyukuran apabila kesemua 27 sukarelawan dan aktivis Malaysia Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla selamat tiba di tanah air.
Sebelum ini, seramai 23 sukarelawam GSF telah ditahan tentera ‘Israhell’ selepas kapal yang dinaiki telah dipintas di perairan antarabangsa.
Antara sukarelawan tersebut adalah, Heliza Helmi, Nur Hazwani Afiqah, Nurfarahin Romli (Farah Lee), Zizi Kirana, Danish Nazran Murad dan Ardell Aryana.

3 months ago
82









![[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/snowlim-e1769746851852.webp)





![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)


![[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Screenshot-2026-01-29-at-2.31.55-PM.webp)














![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)



![[VIDEO] “Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil”-Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-13.jpg)









![[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7caa7998-28b3-40ea-85b1-20298604ce5e.jpg)
![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)
