MURAI Malaysia Gondol Anugerah Emas & Raih Pengiktirafan Dari Taiwan Tourism

5 days ago 23

MURAI Malaysia baru-baru ini telah berjaya meraih anugerah yang mengiktiraf usaha dan dedikasinya dalam penyiaran kandungan pelancongan Mesra Muslim di Taiwan. Pengiktirafan ini membuktikan komitmen MURAI Malaysia dalam menyajikan kandungan berkualiti tinggi yang selaras dengan prinsip Muslim, sekaligus memperkukuhkan lagi peranan platform ini sebagai peneraju media Islamik di Malaysia.

Majlis malam anugerah Best of Salam Taiwan Tourism ini telah berlangsung dengan penuh meriah, menghimpunkan barisan petugas media, KOL (Key Opinion Leaders), pempengaruh, dan selebriti tempatan yang telah memberi sumbangan besar dalam mempromosikan pelancongan Taiwan. Malam tersebut menjadi saksi pengiktirafan terhadap individu dan organisasi yang turut membantu mempromosikan destinasi menarik ini, terutamanya kepada pelancong dari Malaysia.

Sejak tahun 2024, Taiwan Tourism telah bekerjasama dengan media, KOL, dan selebriti dalam usaha mereka menerokai keindahan dan kepelbagaian Taiwan. Aktiviti ini tidak hanya bertujuan untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik, tetapi juga untuk memberikan pengalaman yang lebih mendalam tentang budaya, makanan, dan sejarah Taiwan, yang kini semakin dikenali di kalangan pelancong Malaysia.

Pada malam anugerah itu, beberapa kategori telah dipertandingkan, antaranya Artikel Terbaik, Visual Terbaik, dan beberapa kategori lain yang memberi penghargaan kepada hasil kerja luar biasa dari semua pihak yang terlibat.

Anugerah Emas dalam kategori Pelancongan Mesra Muslim.

Namun, yang paling membanggakan adalah apabila MURAI Malaysia diumumkan sebagai pemenang Anugerah Emas dalam kategori Pelancongan Mesra Muslim. Anugerah ini merupakan pengiktirafan atas usaha mereka dalam memperkenalkan tawaran pelancongan Taiwan yang mesra Muslim, yang sememangnya amat menarik perhatian pelancong Muslim dari Malaysia.

Anugerah berprestij ini disampaikan oleh Mr. Abe Chou, Pengarah Taiwan Tourism, yang turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian dan penglibatan MURAI Malaysia dalam mempromosikan destinasi pelancongan Taiwan kepada segmen pelancong Muslim. Penganugerahan ini adalah bukti jelas bahawa usaha berterusan dalam memperkenalkan Taiwan sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim memberi impak yang besar.

Jom Semak 8 FamilyMart Yang Halal Di Taiwan, Salah Satunya Di Taipei 101

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi popular, Nabila Razali, yang juga merupakan duta Salam Taiwan. Kehadiran Nabila sebagai wajah promosi Taiwan turut memberi kilauan pada malam anugerah, dengan penampilannya yang mempesona menyerikan lagi suasana malam itu.

Selamat kepada MURAI Malaysia atas kejayaan ini, dan semoga anugerah ini terus menjadi pendorong untuk lebih banyak inisiatif dalam memperkenalkan Taiwan sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim yang menarik. Dengan segala tawaran menarik yang disediakan, tiada keraguan bahawa Taiwan kini semakin dikenali dan dihargai sebagai destinasi pelancongan pilihan pelancong Malaysia, khususnya dalam kalangan komuniti Muslim.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |