Neelofa Akui Paksa Diri Tonton Video Islamik, Cemburu Tengok Orang Khatam Al-Quran

19 hours ago 7

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, berkongsi bahawa kekuatan untuk terus istiqamah dalam mendalami ilmu agama datang daripada keterbukaan hati menerima nasihat, khususnya menerusi kandungan Islamik di media sosial.

Menurut Neelofa, dia sering memaksa diri menonton video-video yang menyentuh hati walaupun ada ketikanya tidak berminat. Perkongsian tersebut dibuat menerusi satu video di platform TikTok.

“Apabila tengok apa sahaja perkongsian video dalam media sosial, saya bukan sahaja tengok yang lawak tapi menyentuh hati. Saya memang tidak akan ‘scroll’ laju kalau ada video Islamik lalu di media sosial saya.

“Walaupun masa tu hati tak tenang atau tak nak tonton, saya paksa juga dengar. Jujurnya, video-video sebegitu menjadi ‘booster’ untuk saya terus baca al-Quran,” katanya.

Bekas pengacara MeleTOP itu turut meluahkan kekaguman terhadap individu yang mampu istiqamah dalam membaca dan khatam Al-Quran secara berterusan. Dia menyifatkan individu sebegitu sebagai sangat kuat dan dekat dengan Allah, serta menjadi inspirasi buat dirinya.

Dalam video sama, suaminya, Haris Ismail turut memberi pujian terhadap perubahan Neelofa yang kini sentiasa berpakaian labuh dan menutup aurat walaupun dalam cuaca panas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keikhlasan Neelofa dalam penghijrahannya dan menyifatkannya sebagai inspirasi buat ramai wanita Muslim.

Untuk rekod, Neelofa mula mengenakan tudung penuh pada Julai 2014 dan tampil berniqab sejak Oktober 2020. Langkah tersebut mencetuskan fenomena tersendiri dalam kalangan peminat wanita di Malaysia.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |